Owen Undi Robin Van Persie.
Michael Owen telah mencalonkan penyerang antarabangsa Belanda dan kapten Arsenal, Robin Van Persie sebagai pemain terbaik PFA (PFA player of the year) dan juga menamakan kelab Newcastle United sebagai kelab terbaik tahun ini.
Owen percaya, Van Persie layak untuk menerima anugerah itu kerana telah menjaringkan 26 gol setakat ini dan juga telah membawa Arsenal ke tangga ketiga liga diatas pencabar terdekat mereka Tottenham Hotspurs.
PFA player of the year ialah satu anugerah tahunan yang akan diberikan kepada pemain terbaik sepanjang musim di dalam liga inggeris. Undian dibuat oleh ahli-ahli PFA yang terdiri dari kalangan pemain sendiri.
Penyerang Manchester United itu mendedahkan pilihannya di dalam laman twitter miliknya.
Owen turut memilih beberapa kelab sebagai kelab terbaik tahun ini. Newcastle, Swansea, Norwich dan Spurs antara kelab yang menjadi pilihannya.
Bagi pemain muda terbaik, Owen telah menamakan penjaga gol Newcastle, Tim Krul sebagai pilihannya.