Ozil Minta Maaf Kepada Penyokong Arsenal

Selepas kecewa dengan kekalahan kepada Manchester City 6-3, Pemain paling mahal Arsenal, Mesut Ozil dilihat berjalan terus keluar masuk ke dalam bilik persalinan tanpa memberikan tepukan kepada penyokong Arsenal sebagai tanda penghargaan.
Kapten Arsenal, Per Mertesacker dilihat berlari ke arah Ozil selepas dia melihat Ozil tidak bersama-sama pemain lain yang memberikan tepukan kepada penonton.
Mungkin Ozil terlampau kecewa dengan permainannya ataupun dia kecewa dengan corak permainan Arsenal dalam perlawanan tersebut.
Apa yang pasti, bukan corak permainan Arsenal yang kurang baik, tetapi Manchester City terlampau bagus dalam perlawanan itu. Bahagian serangan City cukup sempurna.
Ozil telah menulis di dalam facebooknya, memohon maaf atas tindakannya itu. Dia tahu tindakanya itu kurang baik dan sepatutnya memberikan tepukan kepada penyokong arsenal.
“Sorry I didn’t thank the fans at the end of the game!
“You have been brilliant to me and I know you had travelled a long way and spent your money to support us. I was upset with the result and know I should have come to you to say ‘thank you’ and I know it is a big Arsenal tradition win, lose or draw.”
– Mesut Ozil
Walaupun Arsenal tewas, tetapi mereka masih lagi mendahului liga dengan perbezaan 3 mata dari Manchester City yang berada di tangga ke-3
Bataille entre Mertesacker et Mesut Ozil à la… by funfans
December 15, 2013 @ 11:26 am
Ozil terbawa-bawa dengan emosi kekalahan…
December 16, 2013 @ 10:59 pm
biasalah bila dah kalah. mental koyak sikit. emosi terganggu
December 15, 2013 @ 11:27 am
Yang penting Arsenal masih on top
December 16, 2013 @ 10:59 pm
betul tu masih kekal. tapi adakah akan terus kekal?
December 15, 2013 @ 1:06 pm
normal la tu. Takde hal. Ozil tetap hensem. hoho..
December 15, 2013 @ 10:51 pm
yup ensem
December 16, 2013 @ 12:51 am
Biasa la bola, esok lusa main lagi. Apapun gaya rambut Ozil memang kacak.
December 16, 2013 @ 11:01 pm
macam tak terusik je rambut dia
December 16, 2013 @ 12:57 am
hati mana tak kecewa… takpe2 next match kasi all out lagi..
December 16, 2013 @ 11:02 pm
kalah besar memang kecewa beb