Pemain Man Utd Yang Mungkin Di Lepaskan

David Moyes dijangka akan melakukan sedikit rombakan ketika pintu pasaran pemain di buka Januari tahun depan.
Berkemungkinan juga beberapa pemain Manchester United yang tidak berada dalam prestasi terbaik akan dilepaskan berdasarkan tawaran yang diterima.
Memang sepatutnya dia melakukan rombakan pemain lebih awal lagi. Kebanyakkan pemain yang ada kini rata-ratanya adalah pemain yang telah lama bersama dengan Sir Alex Ferguson. Berkemungkinan keserasian di antara pemain dan pengurus tidak seperti di harapkan.
Berikut adalah nama-nama pemain yang mungkin dilepaskan oleh Moyes jika mendapat tawaran yang baik dari mana-mana pasukan.
Ashley Young – pemain sayap ini benar-benar tenggelam musim ini. Dia tidak berada dalam prestasi terbaiknya seperti musim lalu. Young juga dikritik ramai kerana suka menjatuhkan badan.
Nani – Selepas 7 musim bersama Manchester United, mungkin sudah tiba masanya untuk dia mencari tempat baru. Nasib pemain antarabangsa Portugal ini tidak sebaik rakan senegaranya Cristiano Ronaldo yang terus bersinar di La Liga, Sepanyol. Nani di bawa masuk ke Manchester United kerana mempunyai corak permainan seakan Ronaldo ketika dia bersama United.
Javier Hernandez – Hernandez sebenarnya mengharapkan dia akan lebih diberikan peluang dibawah pengurus baru. Tapi malangnya, nasibnya masih lagi tetap sama seperti semasa Alex Ferguson menjadi pengurus. Pemain antarabangsa Mexico berusia 25 tahun itu hanya diberikan 3 kali sahaja peluang menjadi kesebelsan utama pasukan musim ini. Berpindah ke pasukan lain adalah lebih baik buat Hernandez.
Anderson – Ramai sebenarnya yang masih tertanya-tanya lagi kenapa Anderson masih lagi kekal bersama United sehingga ke hari ini. Sejak menyertai United pada tahun 2007 dari Porto, dia sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Rio Ferdinand – Pemain pertahanan paling berpengaruh ini tidak ditawarkan kontrak baru, dimana kontraknya bakal berakhir musim ini. Pemain berusia 35 tahun ini juga sering terlepas beberapa perlawana kerana masalah kesihatan.
Patrice Evra – Dia juga tidak ditawarkan kontrak sambungan. Evra sendiri telah mengatakan untuk kembali bermain di Liga Perancis jika mendapat tawaran yang baik dari kelab disana.
Ada lagi pemain yang anda rasakan patut dilepaskan oleh Moyes?
Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen
December 18, 2013 @ 6:09 am
payah sangat. ambil je amri yahyah..
December 19, 2013 @ 12:28 am
jangan lah disebut Amri lagi. dia dah jadi milik orang johor
December 18, 2013 @ 4:30 pm
aku pelik anderson tu ada sampai sekarang, pakai no 8 pulak tu haha
December 19, 2013 @ 12:29 am
memang ramai yang pelik. tapi masa dia kat Porto, dia antara top scorer midfields.
Bila main kat Man Utd payah lak dia nak score
December 18, 2013 @ 6:52 pm
Pening pemain MU yang fikir siapalah bakal disingkirkan.
December 19, 2013 @ 12:30 am
asalkan terima tawaran yang lebih baik, mesti ada yang nak keluar jugak.