Penampilan Sulung Alexander Buttner

Kemenangan Manchester United ke atas Wigan minggu lalu 4-0 penuh dengan beberapa perkara menarik.
Dalam perlawanan tersebut, Paul Scholes telah membuat penampilan bersama United sebanyak 700 kali. Dia juga turut menjaringkan 1 gol. Bagi seorang lagi lagenda United, Ryan Giggs perlawanan itu adalah penampilannya ke 600 bersama United. Manakala pertahanan kental United, Rio Ferdinand telah membuat penampilan sebanyak 400 kali.
Jikalau anda peminat kipas-susah-mati Manchester United, pasti anda akan sedar posisi pertahanan kiri telah diisi oleh seorang pemain baru.
Dia ialah Alexander Buttner, pemain yang baru di bawa masuk oleh Sir Alex Ferguson pada hari-hari terakhir sebelum pintu perpindahan ditutup. Berita perpindahannya telah ‘terlindung’ oleh beberapa perpindahan berprofil tinggi seperti Shinji Kagawa dan Robin van Persie.
Pemain berusia 23 tahun ini tiba ke Old Trafford dari kelab Vitesse Arnhem dari Liga Eredivisie Belanda. Dia juga tersenarai dalam skuad EURO 2012 Belanda bersama-sama Robin Van Persie.
Posisi pertahanan kiri yang selama ini telah menjadi hak milik Patrice Evra nampaknya sudah ada pesaing. Dengan kehadiran Buttner, Ferguson sudah mempunyai pemain pelapis yang boleh digunakan semasa ketiadaan Evra.
Pilihan sebelum ini semasa ketiadaan Evra ialah Fabio da Silva yang sudah menyertai Queens Park Rangers musim ini.
Kemampuan Buttner untuk menyerang dan bertahan telah mendapat pujian dari Ferguson, tapi dia mengakui banyak lagi yang perlu di perbaiki oleh pemain itu.
“Some of Buttner’s play was good, but I think he was a little bit rash at times. He has a great engine and great enthusiasm for the game, but he’s raw with a lot of rough edges there. We think we can develop that and hopefully he can be a really good addition to the team” Sir Alex Ferguson.
Dalam penampilan pertamanya bersama United ketika pertemuan dengan Wigan itu, Buttner telah menyumbangkan satu gol dan membantu satu gol.
Jika lebih banyak peluang diberikan kepada Buttner, pasti dia akan menjadi pemain yang bagus setanding Evra. Adakah sudah tiba masanya untuk Evra direhatkna seketika?
September 20, 2012 @ 12:55 pm
Pagi tadi MU menang 1-0
Hehe
September 25, 2012 @ 2:57 pm
Nampaknya pertaruhan pemain muda semakin menjadi… adakah trebie lagi untuk edisi kali ini atau hangat dan suam seperti biasa buat MU???
September 28, 2012 @ 11:24 am
MU sentiasa bermula dengan penuh ghairah. rasanya Ferguson dah meletakkan sasaran yang tinggi untuk MU tahun ini selepas musim lalu tak menang apa-apa pun