Penantian 24 Tahun Liverpool Untuk Menjadi Juara Liga

Selepas 24 tahun menantikan, inilah masa terbaik untuk Liverpool mendakap trofi kejuaraan liga. Kejayaan menumpaskan Manchester City 3-2 adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua penyokong The Reds.
Kenapa kejuaraan kali ini terlalu bermakna?
(*Selepas ini, semuanya adalah berkaitan sejarah, jika tidak suka sejarah, jangan teruskan pembacaan ini. Liverpool dan sejarah hebatnya tidak dapat dipisahkan.)
The Footbal League (1888 – 2004) adalah liga utama di England. Terdapat 2 Divisyen dalam Football League.
Liverpool adalah juara 18 kali Divisyen 1 Football League dan kali terakhir pada musim 1989/90
Pada tahun 1992, Premier League telah diwujudkan menggantikan Divisyen 1 Liga Inggeris. Manakala Football League telah dijadikan sebagai Divisyen 2 Liga Inggeris. Pada tahun 2004 Football Leangue telah diberikan nama baru sebagai Football League Championship (Juga dikenali sebagai The Championship)
Sejak kewujudan Premier League, Liverpool tidak pernah menang kejuaraan liga. Dengan rekod 18 kali juara dan kali terakhir pada musim 1989/90, kejuaraan tahun ini adalah yang paling dinantikan. Pada waktu itu juga, Sterling (1994), Henderson (1990) dan Flanagan (1993) belum lagi lahir.
Sepanjang musim 1989/90 hingga musim 2013/14 ini, bukanlah rak/almari piala di Anfield kosong berhabuk dan bersawang. Mereka juga juara FA Cup (1992, 2001, 2006), League Cup (1995, 2001, 2003, 2012), Champions League (2005), UEFA Cup (2001) dan UEFA Super Cup (2001, 2005).
Sudahkah anda jelas sekarang, kenapa Liverpool sangat memerlukan kejuaraan liga kali ini? Sebuah pasukan yang bersejarah hebat juga perlukan kejuaraan liga tempatan untuk melengkapkan rekod hebat mereka.
Norwich dan Chelsea bakal menjadi lawan terakhir mereka. Atas kertas, Norwich mungkin bukan penghalang dan halangan paling besar datangnya dari Chelsea yang kini berada di tangga ke-2 liga. Liverpool kini mengumpul 77 mata, hanya dibezakan 2 mata dari Chelsea.
Kira-kira atas kertas untuk Liverpool mengecap kejuaran musim ini mudah. Perlu menang ke atas Norwich dan Chelsea. Jika menang dengan Norwich dan Chelsea kalah kepada Sunderland, kejuaraan liga adalah sah milik mereka minggu depan.
Tapi segalanya mungkin dalam bola sepak. 90 minit masa perlawanan yang akan menentukan segalanya. Kalau sudah memang bukan rezeki, pintu gol kosong pun belum tentu boleh jaringkan gol. Segalanya mungkin.
Baki perlawanan Liverpool ialah menentang Norwich, Chelsea, Crystal Palace dan Newcastle United.
Mampukah Liverpool menamatkan badi Premier League? Tinggalkan komen anda
Sumber : wikipedia.org , talksport.com , mirror.co.uk
April 14, 2014 @ 12:45 pm
Heheehe. The reds blom blh dabik dada lg. Musim masih berbaki. Hanya sedikit mata memisahkan dgn chelsea. Moga penantian 24 thn berakhir
April 15, 2014 @ 12:00 am
memang betul. belum boleh angkat piala lagi. perebutan piala masih lagi tebuka
April 14, 2014 @ 12:47 pm
Bola itu bulat. Segalanya mungkin
April 14, 2014 @ 10:32 pm
Pelik ending musim ni sebab semua ada peluang nk menang. Kesian lak aku kat team manchester satu lagi hehe
April 15, 2014 @ 12:01 am
team ‘manchester satu lagi’ akan kembali musim depan dengan lebih baik
April 15, 2014 @ 10:51 am
team manchester lagi satu tu….tgh ‘rehat’ tu…
musim depan tunggu yer..hehe
April 15, 2014 @ 12:13 pm
harapnya musim depan adalah lebih baik. musim ni, musim untuk Moyes mengenal karektar pemain
April 15, 2014 @ 10:51 am
Liverpool. Lama dah tak dengar sepower tahun ni..
rasanya boleh menang kalau karakter pemain kekal macam lawan m city malam tu..best game tu
April 15, 2014 @ 12:20 pm
rasa awkward untuk mengucapkan tahniah kepada fan liverpool.hehe…
April 18, 2014 @ 12:18 am
Harap-haraplah Chelse menang. hahaha
April 18, 2014 @ 9:36 am
me too he he.. A closet Chelsea fan till end of the season. 😀 Liverpool belum menang lagi dah parah dgn serangan msg WhatsApp, apalagi kalau LFC juara.. parah giler!
April 21, 2014 @ 3:11 pm
keh3….dah lama tak merasa bang ismail..tu yg jadi lagu tu…hehehe
April 28, 2014 @ 10:03 am
hope next season Man Utd akan kembali bersaing dengan lebih baik. so bro tak perlu risau kena serang dengan fan lain.he..
May 4, 2014 @ 5:58 pm
manchester city pun dah mengintai jugak rupanya… beza jaringan terlalu banyak …
May 5, 2014 @ 9:17 am
nampak makin sukar peluang Liverpool lepas perlawanan minggu lepas
May 18, 2014 @ 6:26 am
Takde rezeki Liverpool thn ni. Cuba la lg thn dpn. Tp thn dpn nak kena bersaing dgn Man Utd la pulak.
May 26, 2014 @ 3:11 pm
kegagalan Liverpool adalah perkara biasa, tapi kegagalan Man Utd untuk berada dalam kelompok atas liga adalah sesuatu yang luar biasa