
Perlawanan akhir Liga Inggeris semalam (13 Mei 2012) adalah yang paling hebat dan paling mendebarkan dalam sejarah EPL. Itulah yang dapat disimpulkan oleh kebanyakkan pemerhati bola sepak. Tidak pernah lagi berlaku sebelum ini, kejuaraan liga ditentukan hanya selepas 90 minit perlawanan akhir liga di dalam masa tambahan.
Dalam perlawanan akhir semalam, Manchester United memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang muncul juara liga. Tetapi ianya bergantung kepada keputusan perlawanan akhir di antara Manchester City dan Queens Park Rangers.
Dalam perlawanan diantara Manchester City dan Queens Park Rangers, jaringan awala Pablo Zabaleta dilihat seperti sudah menutup ruang Manchester United untuk muncul juara.
Dalam perlawanan lain, Wayne Rooney telah menjaringkan 1 gol untuk Manchester United dalam pertemuan dengan Sunderland dalam separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua jaringan dari Djibril Cisse dan Jamie Mackie dilihat seperti telah memadamkan harapan Manchester City untuk merangkul kejuaraan liga buat kali pertama selepas 43 tahun.
Drama bermula apabila Joey Barton diperintahkan keluar padang selepas pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan ke atas Tevez. Dalam baki 35 minit perlawanan, Queens Park Rangers terpaksa bermain secara bertahan di kawasan sendiri. Dalam masa yang sama, penyokong Manchester United dilihat seperti sudah meraikan kejuaraan liga milik mereka.
Pengadil telah memberikan 5 minit masa tambahan dalam perlawanan Manchester City dan Queens Park Rangers, dalam masa yang sama perlawanan di antara Manchester United dan Sunderland telah pun tamat dengan keputusan penuh Manchester United menang 1-0. Mereka masih lagi tidak dapat meraikan kejayaan itu. Semua penyokong dan pemain Manchester United hanya menunggu keputusan penuh perlawanan di Stadium Etihad.
Perlawanan hebat, pasti akan ada sesuatu yang hebat untuk diingati. Dalam masa tambahan Edin Dzeko dan Sergio Aguero, masing-masing telah menjaringkan 1 gol seterusnya memastikan kejuaran milik mereka.
Perlawanan akhir ini pasti akan menjadi sejarah sebagai salah satu perlawanan terhebat yang pernah disaksikan untuk menentukan kejuaraan liga.



{ 0 comments… add one now }