Pengganti Moyes di Man Utd

Untuk baki perlawanan musim ini, Manchester United sudah mengumumkan, Ryan Giggs akan mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara.
Ada suara dari penyokong Man Utd yang mahukan Giggs kekal menjadi pengurus. Tetapi kekurangan pengalaman dalam pengurusan kelab, mungkin akan menjadi satu risiko kepada Man Utd.
Ryan Giggs mungkin lebih sesuai menjadi jurulatih dan membantu pengurus, sama seperti yang dilakukan ketika bersama dengan David Moyes.
Berikut adalah senarai pengurus yang dikaitkan dengan Manchester United.
1. Louis van Gaal – Dia antara calon faveret. van Gaal akan menamatkan kontraknya bersama Belanda selepas Piala Dunia nanti. Pengalamannya menguruskan beberapa kelab besar eropah mungkin boleh menjadi kelebihan. van Gaal pernah besama Bayern Munich, Barcelona dan Ajax.
2. Jurgen Klopp – Mungkin agak sukar untuk mendapatkan Kloop melainkan Borussia melepaskannya pergi. Ramai yang meramalkan Kloop bakal menjadi pengurus yang terbaik di masa depan. Terpulang samada Borussia akan melepaskannya atau tidak.
3. Diego Simeone – Memenangi UEFA Europa League dan UEFA Super Cup dalam masa 2 tahun, dan sedang mengejar kejuaran La Liga dan Champions League bersama Atletico Madrid adalah satu pencapaian hebat pengurus ini. Man Utd adalah tempat terbaik buat pengurus ini jika inginkan cabaran yang baru.
4. Frank de Boer – Lagenda bola sepak Belanda ini adalah pengurus Ajax. Dia dilaporkan pernah menolak tawaran dari Spurs dan Liverpool. Mungkin ini adalah masa yang sesuai buatnya untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pengurus yang berjaya.
5. Carlo Ancelotti – Jika dia gagal untuk membawa sebarang piala ke Real Madrid musim ini, bukan sahaja Man Utd, semua kelab harus bersedia untuk memberikan tawaran yang terbaik untuk mendapatkan khidmatnya.
April 26, 2014 @ 7:53 am
Siapapun dia nanti diharapkan boleh membuat prestasi MU meningkat,bukan sebaliknya.
April 28, 2014 @ 10:01 am
kembalikan era kegemilangan The Red Devils
April 27, 2014 @ 3:59 pm
Sorang lagi yg disebut2 jose maurinho…hohoho
April 28, 2014 @ 10:01 am
dah lama dia jadi target pengganti sir alex, tapi masih belum menjadi kenyataan lagi
November 4, 2014 @ 3:17 pm
Semoga van gaal mampu membawa MU menjadi jago kembali