Penyokong United Menghalang City
Manchester City yang terkenal dengan kekayaan dan perbelanjaan tanpa hadnya, bercadang untuk meluaskan lagi kawasan Stadium Etihad di Eastland, Manchester. Akan tetapi mereka perlu membelinya dari seorang ahli perniagaan yang juga adalah penyokong United, Shaun O’Brien.
City memang tiada masalah untuk membelanjakan sejumlah wang bagi mendapat tanah miliknya itu. Mereka telah menawarkan kepada O’ Brien £200,000 pada 2 tahun lalu. Tetapi ianya ditolak, kerana O’Brien merasakan nilai yang sepatutnya lebih tinggi.
City bercadang membawa isu ini ke Manchester City Council dan cuba memaksa O’ Brien menjual tanahnya pada harga pasaran. Sebagai ahli perniagaan, O’ Brien merasakan ini adalah satu tindakan yang kurang baik, kerana City sepatutnya berjumpa dan berbincang dengannya dan bukanya dengan cara menawarkan sejumlah harga dan jika tidak bersetuju meminta campur tangan Manchester City Council.
Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menyebelahinya, O’ Brien telah menjual tanahnya kepada peminat United yang lain. Harga yang ditawarkan ialah £250.00/sqft. Dengan cara ini, jika City masih lagi mahu membeli tanah itu, mereka perlu membayar jumlah yang lebih besar dan urusan yang lebih lama, kerana melibatkan ramai pemilik tanah.
Bagi O’Brien, cara ini dapat mengajar jiran mereka itu bahawa tidak semua benda dan perkara boleh dibeli dengan kekayaan.
Bagi yang berminat untuk memberikan sokongan kepada kelab kesayangan anda dan ingin mempunyai sedikit tanah di Manchester, boleh pergi ke uniteagainstcity.co.uk untuk membuat tempahan pembelian.