Ray Wilkins : Lampard Sesuai ke Manchester United
Bekas pembantu pengurus Chelsea, Ray Wilkins menyatakan tempat yang paling sesuai untuk Lampard selepas meninggalkan Stamford Bridge ialah Old Trafford.
Bekas pemain Chelsea dan Manchester United itu merasakan jika Lampard inginkan kejayaan yang lebih besar di peringkat tertinggi, Manchester United adalah kelab yang terbaik untuk dirinya.
Sir Alex Ferguson ialah seorang pengurus yang mampu menguruskan pemain yang sudah lewat usia. Lihat sahaja macam mana dia menguruskan Ryan Giggs dan Paul Scholes yang masing-masing kini berumur 39 dan 38 tahun.
“You have the master of utilising the older player in Sir Alex Ferguson so I think it would be a tremendous move for Frank and a good one for Manchester United as well,” Ray Wilkins.
Sayang sekali jika pemain vateran Chelsea itu tidak ditawarkan kontrak di penghujung musim ini. Lampard telah meletakkan sepenuh hatinya kepada kelab. Tetapi itu semua tidak memberikan apa-apa makna kepada pengurusan kelab.
Jika diukur dari prestasi semasa, Lampard tidak pernah mengecewakan. Torres yang sepatutnya dilepaskan oleh Chelsea dan mereka harus akui, Torres adalah satu pembelian yang tidak berbaloi.
Laporan berita baru-baru ini mengatakan, lagenda Chelsea itu telah menandatangani kontrak dengan AC Milan. Tetapi masih sebarang berita rasmi dari pihak AC Milan atau Chelsea
LA Galaxy bekas kelab David Beckham dilaporkan juga berminat untuk mengikat kontrak bersama Lampard. Galaxy ada tempat untuk Lampard selepas David Beckham meninggalkan kelab itu. Bruce Arena, jurulatih Galaxy tidak menafikan dan mengiyakan khabar angin itu.
“I wouldn’t be surprised if over the next week or so we’re going to have some sort of decision with a designated player.” Bruce Arena
Agaknya, ada tidak pasukan dari Malaysia nak ambil Lampard sebagai pemain kelab mereka?
January 31, 2013 @ 1:55 am
Lampard still among the best midfielder kat epl and england. It is ashamed that Chelsea did not extend his contract. He is one of Chelsea greatest player. Walaupun fan Mna Utd, sy still rasa yang Lampard boleh berkhidmat untuk Chelsea.
#Just let him retire at Chelsea!
February 4, 2013 @ 11:50 am
lampard still the best. tapi malangnya pengurusan Chelsea tidak suka untuk menyimpan ‘kuda tua’
January 31, 2013 @ 5:17 pm
Nampaknya, isu Lampard belum selesai selagi takde berita jelas ttg dia.
Ambe rasa Lampard akan keluar dari Chelsea walaupun itu tindkan yg amat merugikan pasukan Chelsea.
kalau nak masuk manu..ok jer..hehehe
February 4, 2013 @ 11:56 am
tapi pemain tengah Man Utd dah ramai. dia boleh menggantikan scholes.
kalau Lampard masuk, munkin Scholes akan bersara betul-betul lepas ni…lega dia bahagian tengah ada midfield terbaik england