Juara liga perdana Inggeris, Manchester City telah memperbharui kontrak pengurus mereka, Roberto Mancini untuk 5 tahun lagi hingga tahun 2017.
Satu langkah baik yang telah dibuat oleh pengurusan kelab, ianya dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dilakukan Mancini sebelum ini. Momentum mengejar kejuaran dapat diteruskan.

Mancini mempunyai misi yang lebih besar. Pihak pengurusan mahukan dia menguasai Eropah pula. Kali terakhir City mendapat kejuaraan di peringkat Eropah ialah pada tahun 1970.
“I am delighted to be able to give all of my efforts to Manchester City for a further five years. The opportunity which exists to build on our recent success is enormous,” Roberto Mancini.
Mancini telah dilantik menjadi pengurus City pada disember 2009 selepas City memecat Mark Hughes.
Kejayaan terbesar City di bawah Mancini ialah dengan memenangi kejuaran liga musim lalu, merampasnya dari jiran terdekat mereka, Manchester United.



{ 0 comments… add one now }