Ryan Giggs : Penampilan ke-900 Bersama Manchester United
Lagenda Manchester United, Ryan Giggs membuat penampilan ke-900 bersama pasukan utama Man Utd dalam perlawanan Liga Inggeris menentang Norwich City, Carrow Road.
Kali terakhri Giggs menjaringkan gol menentang kelab yang bergelar The Canaries dalam liga ialah 19 tahun dahulu. Kali ini jaringan yang dibuat oleh Giggs adalah lebih manis, kerana ianya dijaringkan dalam masa kecederaan dan ianya adalah jaringan kemenangan buat United.
Gol pertama United dijaringkan oleh seorang lagi lagendanya, Paul Scholes. Ini adalah jaringan kedua Scholes selepas kembali dari persaraan.
Hanya 3 pasukan sahaja dalam liga musim ini yang berjaya menang di Carrow Road.