Selepas 23 Tahun, Akhirnya Menang
Selepas 23 tahun, akhirnya Tottenham Hotspur menang juga di gelanggang keramat Manchester United. Kali terakhir mereka lakukannya pada tahun 1989.
Bila tersebarnya berita sekitar London, bekas pengurus Chelsea Andre Villas-Boas, akan menggantikan Redknapp, ramai yang memandang sinis kehadiranya ke White Hart Lane. Semuanya kerana masih ramai yang tidak lupa lagi kegagalannya di Stamford Bridge.
Lebih mengecewakan, pengganti Villas Boas di Chelsea, Roberto Di Matteo berjaya membawa Chelsea memenangi FA Cup dan Liga Juara-Juara.
Semasa di Chelsea, Villas Boas nampak seperti ‘keseorangan’. Tiada sokongan dari pemain-pemain sendiri. Dia sendiri telah gagal dengan ‘projek’ me-muda-kan Chelsea dengan mengenepikan beberapa figura Chelsea sendiri. John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba kadangkala tidak termasuk dalam taktikalnya.
Hasilnya, kurang berjaya dan dia di pecat dari Chelsea.
Villas Boas tiba di White Hart Lane dengan semangat yang baru. Tapi pada awalnya dia perlu menyelesaikan beberapa isu utama. Memilih kapten baru selepas Ledley King cedera. Pemain berbakat mereka Luka Modric pula mahu berhijrah ke Real Madrid dan seorang lagi key-player musim lalu Rafael Van der Vaart di jual ke Hamburg.
Kehilangan pemain itu digantikan pula dengan beberapa pemain baru. Moussa Dembele dan Clint Dempsey (Fulham), Gylfi Sigurdsson (Hoffenheim), Emmanuel Adebayor (Manchester City) dan Jan Vertonghen (Ajax Amsterdam) dibawa masuk. Tidak lupa juga penjaga gol antarabangsa Perancis Hugo Lloris.
Musim ini Spurs bermula dengan agak perlahan, tewas kepada Newcastle dalam perlawanan pertama dan seri dengan West Bromwich dan Norwich.
Ramai penyokong Spurs sudah membayangkan adakah perkara yang sama akan berlaku seperti ketika Villas Boas di Chelsea.
Kebangkitan Spurs mula kelihatan selepas perlawanan menentang Reading dengan kemenangan 3-0. Selepas itu seri 0-0 dengan Lazio dalam kempen Liga Europa. Menang keatas QPR dan Carlisle dalam kempen Piala Liga.
Ujian sebenar Spurs bermula apabila bertandang ke Old Trafford, dimana mereka tidak pernah menang di stadium itu sejak 1989.
Dalam perlawanan tersebut Spurs telah menang 3-2. Mempamerkan permainan yang cukup menarik. Gareth Bale dan Jan Vertonghen membuat larian-larian yang memecahkan benteng United. Barisan pertahan dan pemain tengah United tidak dapat menyaingi gerakan dan serangan Spurs.
United cuba bangkit tetapi masih lagi gagal.
Kemenangan keatas United itu telah meyakinkan pengurusan Spurs untuk terus mengekalkan Villas Boas. Nampaknya Villas Boas telah belajar sesuatu dari kegagalannya di Chelsea.
October 3, 2012 @ 10:48 pm
sedihnya kami bila MU kalah
apa pun aku minat juga dengan spurs ni
tahniah untuk mereka
October 4, 2012 @ 9:31 am
ferguson dah marah kat pemain Man Utd. asik ketinggalan awal je..dah banyak game Man Utd ketinggalan, kejar balik dan menang…tapi kali ini tak dapat nak kejar
October 3, 2012 @ 11:06 pm
Menang di Old Trafford memang satu pencapaian hebat! 😀
October 4, 2012 @ 9:32 am
pemain man utd malam tu hilang rentak permainan. spurs banyak menyerang
October 4, 2012 @ 7:52 am
Adeh, blog penyokong Spurs rupanya. It’s ok lah, semangat kesukanan, congrats 2 spurs biarpun MU deserve at least 1 point dengan serangan menggila di second half. Big problem utk kami di bhgn pertahanan. Semua pemain pertahanan slow giler. Maybe masa dah tiba utk sign Usain Bolt sebab dia pon beria-ria nak main utk MU 😉
October 4, 2012 @ 9:35 am
eh..ini blog umum, tidak khusus menyokong mana-mana kelab. kita berkongsi cerita-cerita menarik dalam dunia bola sepak.
kalau usain bolt main dengan man utd, siapa lah yang mampu nak kejar dia
October 4, 2012 @ 9:51 am
Match ni memang aku tonton. Permainan Spurs memang laju dari dulu lagi, dan tak bergantung dengan player2 star. Aku kira memang diorang cukup bernasib baik masa 2nd half, serangan tak putus2 dari MU.
October 4, 2012 @ 11:04 am
apa yang aku fikirkan masa tengok game ni. kalau lah Modric dan Van der Vaart masih ada lagi, pasti keputusan jaringan akan lebih besar. Dalam game tu, pertahanan Man Utd memang hilang arah
October 25, 2012 @ 1:25 pm
tahniah Tottenham, satu waktu yang lama.. terbaik la Bale!
October 31, 2012 @ 7:09 pm
disebabkan Bale hebat tu lah, Real Madrid berminat dengan dia