
Kapten Liverpool, Steven Gerrard berkata, jika menang FA cup, masih lagi tidak cukup untuk menutup prestasi permainan yang kurang baik Liverpool musim ini. Walaupun telah menjuarai Carling Cup Februari lalu, Gerrrard merasakan ianya masih tidak mencukupi jika tidak bersaing untuk berada di dalam ‘Big Four’.
Gerrard merasakan permainan Liverpool perlu lebih konsisten. Dalam sesetengah perlawanan mereka berjaya mencipta peluang dan bermain dengan baik, tetapi tidak menterjemahkanya dengan jaringan. Kerana itulah mereka berada di kelompok pertengahan liga ketika ini. Persaingan di dalam liga semakin hebat setiap tahun, kerana itu lah mereka perlu lebih konsisten.
Liverpool mempunyai barisan pemain yang berkualiti. Untuk musim depan, Gerrard meletakkan sasaran untuk kembali di dalam ‘Big Four’ dan memburu beberapa piala. Kembali bersaing di dalam liga elit eropah, Liga Juara-Juara, juga adalah sasarannya musim depan.
Bercakap mengenai perlawanan menentang Everton baru-baru ini, The Reds membuat kebangkitan semula yang sangat baik selepas ketinggalan 1 gol. Jaringan dari duo penyerang mereka, pembelian termahal Liverpool, Andy Carrol dan Luis Suarez telah mencipta kejayaan untuk membawa Liverpool ke perlawana akhir FA Cup menentang Chelsea.



{ 0 comments… add one now }