Stiliyan Petrov Menghidapi Leukaemia.

April 1, 2012

in Bola Inggeris

aston villa
Pemain tengah dan juga kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov telah disahkan oleh pegawai perubatan menghidapi penyakit leukaemia. Kenyataan ini telah dikeluarkan dari kelab tersebut kepada media baru-baru ini.

Selepas kekalahan kepada Arsenal dalam saingan minggu lepas, Petrov telah mengalami demam. Dia terus dibawa ke hospital, diagnosis telah dilakukan dan mendapati Petrov menghidapi leukaemia.

Berita tentang Petrov ini telah tersebar dengan cepat. Bekas rakan sepasukan, Neil Lennon, yang kini menjadi pengurus Celtic, telah menyatakan sokongan kepada Petrov melalui laman twitternya. Penyerang Villa, Darren Bent juga turut melahirkan rasa kesedihannya dengan ketiadaan Petrov di dalam pasukan melalui laman twitternya. Penjaga gol, Shay Given menulis di laman twitternya, terkejut dengan berita berkenaan. 

Petrov menyertai Villa pada tahun 2006 selepas bersama dengan Celtic dari tahun 1999.

Pengerusi PFA, Gordon Taylor, berjanji melalui kesatuannya itu, mereka akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada Petrov.

Menurut Gordon lagi, Stiliyan Petrov adalah salah seorang contoh kapten pasukan yang baik, di luar padang mahupun di dalam padang. Berita ini juga sesuatu yang mengejutkan, selepas apa yang berlaku kepada Fabrice Muamba baru-baru ini.

{ 2 comments… read them below or add one }

APAN April 5, 2012 at 11:04 pm

ada perasan gak pasal ni…tp xtau kenapa tiba2 dia dah x main…ingat ke nak berehat je….ada penyakit rupanya
APAN recently posted..Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam MenulisMy Profile

Reply

Admin April 6, 2012 at 12:21 am

kena leukaemia. penyakit yang berkaitan dengan darah. sukar dikesan awal

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: