The Best XI Arsenal Arsene Wenger

Arsene Wenger sudah menjadi pengurus Arsenal sejak tahun 1996. Perlawanan pertama di bawah kendaliannya ialah pada 12 Oktober 1996 menentang Blackburn Rovers dengan kemenangn 2-0
22 Mac 2014 yang lalu, adalah perlawanan ke-1000 Wenger bersama Arsenal. Tapi malangnya perlawanan itu anti-klimak, apabila Arsenal tewas 0-6 kepada Chelsea.
Sepanjang bersama Arsenal, Wenger telah memenangi 11 kejuaraan termasuk 3 Piala Liga dan 4 Piala FA. Musim 2003/2004 adalah musim paling hebat Arsenal. ‘The Invincibles Team’ gelaran yang diberikan kepada Arsenal dalam musim itu apabila menang 26 perlawanan, seri 12 perlawanan dan tidak pernah kalah.
Ada cakap-cakap mengatakan, sebenarnya gelaran itu satu badi buat Arsenal. Lepas dari musim 2003/04, Arsenal tidak pernah menjadi juara lagi.
Mungkin kekecewaan paling besar Wenger ialah ketika Arsenal kalah kepada Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara 2006. Arsenal tewas 1-2. Kempen Arsenal di peringkat Eropah agak kurang cemerlang dan itulah satu-satunya kejayaan besar yang paling hampir.
Bekas seterunya, Sir Alex Ferguson mengucapkan tahniah kepada Wenger sebelum perlawanannya yang ke-1000
“I congratulate Arsene in reaching this momentous landmark. Having also reached the same milestone at one club, I cannot emphasise enough the level of dedication, resilience as well as sacrifice required and for that I have for the utmost admiration. Over the years we enjoyed some fantastic battles and you could say we had survived together and respected each other’s efforts to play good football.” – Sir Alex Ferguson.
Berikut adalah senarai pemain yang terbaik Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger mengikut laporan London24.com
1. PENJAGA GOL: DAVID SEAMAN – Bekas penjaga gol England ini mungkin satu-satunya penjaga gol yang terbaik pernah dimiliki oleh Arsenal. Sampai sekarang Arsenal masih tercari-cari pengganti Seaman.
2. PERTAHANAN KANAN: BACARY SAGNA – Menyertai Arsenal pada tahun 2007 dari Auxerre, seorang pemain yang sentiasa menjadi pilihan Wenger di posisi itu.
3. PERTAHANAN TENGAH: SOL CAMPBELL – Salah seorang pemain ‘The Invincibles Team’. Penjaring gol pertama semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006.
4. PERTAHANAN TENGAH: TONY ADAMS – ‘Mr Arsenal’ ini telah bermain untuk Arsenal selama 22 tahun bermula dari akademi Arsenal hingga ke pasukan utama. Semasa Wenger tiba di Arsenal, Adam mempunyai masalah ketagihan alkohol. Wenger membantunya menghilang masalah itu.
5. PERTAHANAN KIRI: ASHLEY COLE – Ramai penyokong dan peminat ‘The Gunners’ yang membenci Cole selepas membuat keputusan menyertai Chelsea. Bekas pemain akademi Arsenal ini juga diakui ramai pemain dan pemerhati bola sepak sebagai pemain pertahan kiri terbaik. Bersama dengan Arsenal dia telah memenangi 2 kejuaran liga dan 3 Piala FA. Cole juga adalah salah seorang pemain ‘The Invincibles Team’.

6. SAYAP KANAN: ROBERT PIRES – Menyertai Arsenal dari Marseille pada tahun 2000. Ramai penyokong Arsenal mengatakan dia adalah pengganti yang terbaik Marc Overmars di posisi tersebut. Pires juga dalah salah seorang pemain ‘The Invincibles Team’.
7. TENGAH: PATRICK VIEIRA – Bekas kapten ‘The Invincibles Team’ ini dulu, hampir menyertai Ajax Amsterdam. Tapi bila dia menerima tawaran dari Arsenal dan tahu Wenger telah menyertai Arsenal, dia terus bersetuju untuk sertai Arsenal.
8. TENGAH: CESC FABREGAS – Tidak siapa boleh menafikan dia diantara pemain tengah terbaik Arsenal yang pernah dimiliki Arsene Wenger. Bermula dari akademi Barcelona dan menyertai Arsenal pada tahun 2003 ketika berumur 16 tahun.
9. SAYAP KIRI: FREDDIE LJUNGBERG – Bekas peamain antarabangsa Sweden ini menyertai Arsenal dari tahun 1998 hingg 2007. Arsene Wenger tertarik membawa masuk Ljunberg selepas menonton perlawanan antarabangsa di antara Sweden dan England. Dia juga adalah pemain dalam ‘The Invincibles Team’ dan juga model seluar dalam Calvin Klein.
10. PENYERANG: DENNIS BERGKAMP – Menyeratai Arsenal dari tahun 1995 hingga 2006. Lagenda bola sepak Belanda ini dibawa masuk ke dalam Arsenal oleh bekas pengurus Bruce Rioch. Ketibaan Wenger ke Arsenal telah banyak merubah cara permainannya sehingga menjadi salah seorang penyerang yang hebat pernah di miliki Arsenal.
11. PENYERANG: THIERRY HENRY – Berpindah dari Juventus pada tahun 1999 adalah pilihan paling bermakna di buat Henry. Selepas itu, segalanya adalah sejarah hebat. Dibawah Arsene Wenger, Henry dibentuk menjadi seorang penyerang terbaik dunia. Sentiasa di hati peminat dan penyokong Arsenal.
Macam mana penyokong dan peminat Arsenal, anda bersetuju dengan senarai pemain tersebut. Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
March 30, 2014 @ 6:58 pm
Zaman kegemilangan Arsene Wenger, memang terbaik barisan yang dibinanya
March 31, 2014 @ 4:50 pm
zaman tu orang tak gelarkan arsenal team budak sekolah. memang arsenal dulu hebat dari semua posisi
March 30, 2014 @ 11:59 pm
legend beb… apepun selamat maju jaya buat arsene wenger
March 31, 2014 @ 4:50 pm
mungkinkah musim ini kejuaran liga miliknya and dia letak jawatan?
April 1, 2014 @ 2:25 pm
semua itu kini menjadi sejarah….
April 1, 2014 @ 2:34 pm
huhu
April 3, 2014 @ 12:34 pm
sejarah kehebatan Arsenal dan Arsene Wenger
April 1, 2014 @ 4:06 pm
teringat lg zaman the invincible team.. mmg best arsenal main masa tu
April 3, 2014 @ 12:35 pm
masa tu arsenal ialah pasukan regular dalam ‘Big Four’…tapi sayangnya itu dulu..
April 1, 2014 @ 4:07 pm
muda giller gambar wenger kat atas tu.. hehehehe. skrg aku tgk serabai jer..
April 3, 2014 @ 12:35 pm
masa tu tak banyak masalah lagi kot
April 8, 2014 @ 1:45 pm
THIERRY HENRY. Ni yg paling aku ingat..mmg berbisa.
Arsene wenger mesti makin pening lepas kalah 0-3 latest game..
apapun, go go manu! hehehe
p.s- terkejut tgk ada spesel entri for the gunners..hehehe
April 9, 2014 @ 9:15 pm
Henry memang legend kat arsenal, antara penyerang terbaik pernah bersama Wenger.
BD cerita pasal semua pasukan bola. bukan arsenal je 🙂