Tony Fernandes : Mark Hughes Masih ‘Selamat’
Queens Park Ranger, kelab bola sepak Liga Inggeris yang dimiliki oleh ‘orang kaya’ Malaysia, kini berada di tangga paling bawah liga.
Keputusan semasa, QPR hanya berjaya mencatatkan 2 seri dan 4 kekalahan tanpa sebarang kemenangan.
Walau begitu teruk keputusan permulaan bagi QPR musim ini, Dato’ Seri Tony Fernandes, pemilik QPR, masih belum panik dan sentiasa kelihatan tenang. Dia juga menyatakan sokongan kepada Hughes.
Peminat QPR nampak pelik dengan keadaan ini. Sebab, semasa Neil Warnock menjadi pengurus, Dato’ Seri Tony memberitahu, keputusan perlawanan adalah perkara utama. Selang 2 hari selepas Dato’ Seri Tony mengeluarkan kenyataan, Neil Warnock di pecat.
Dato’ Seri Tony Fernandes juga menggesa kepada penyokong QPR supaya bertenang dan memberi masa kepada Hughes untuk memperbaiki kelemahan dalam pasukan. Punca utama yang dikenalpasti ialah ramai pemain utama yang cedera, terutamanya di bahagian pertahanan.
“We have a great manager. New training ground, new stadium, great players. Don’t worry. I’m calm and want to build stability which is what most fans want. There are many out there who are clueless. Mark will sort it out” Dato’ Seri Tony Fernandes.
Sesuatu perlu dilakukan segera oleh Mark Hughes. Dia munkin sepatutnya memilih pemain utama berdasarkan prestasi semasa pemain tersebut dan bukanya berdasarkan sentimental value pemain tersebut.
October 5, 2012 @ 7:01 pm
harap2 jodoh mereka berdua masih panjang
hehe
October 14, 2012 @ 10:28 pm
takut tak berpanjangan je bro…dato tony tu orang bisnes..dia mesti nak sesuatu yang dilaburkan memberikan pulangan yang baik