Van Persie Tidak Sambung Kontrak Dengan Arsenal
Pemain bintang Arsenal, Robin van Persie disahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama Arsenal. Baki kontrak pemain itu tinggal 12 bulan, ini bermakna Van Persie akan bermain semusim lagi bersama Arsenal.
Nampaknya pengurusan Arsenal menghadapi dilema, sama ada ingin menjual Van Persie kepada kelab lain atau melihat sahaja kontrak pemain itu tamat shingga musim depan. Jika kontraknya tamat, Van Persie boleh berpindah kemana-mana kelab tanpa sebarang yuran perpindahan, ini akan merugikan Arsenal.
Manchester City dan juga juara Itali, Juventus antara kelab yang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Belanda ini.
“I’ve thought long and hard about it, but I have decided not to extend my contract” Van Persie
Arsene Wenger dan Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bersama-sama Robin van Persie telah mengadakan perbincangan pada hujung musim lalu. Mereka telah membincangankan hala tuju dan masa depan kelab. Tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak mencapai kata sepakat dan tidak dipersetujui.
“This was a meeting about the club’s future strategy and their policy. Financial terms or a contract have not been discussed, since that is not my priority at all” Van Persie
Robin van Persie adalah seorang pemain yang berbakat besar. Arsene Wenger sendiri pernah menyatakan van Persie munkin hybrid kepada dua orang pemain lagenda Arsenal, Henry dan Dennis Bergkamp. Pencapaian musim lalu pemain berusia 28 tahun ini ialah dengan menjaringkan 30 goals dan 9 assists.
Van Persie juga adalah simbol kepada Arsenal. Dia boleh diibaratkan Tony Adams di era moden. Jika Van Persie keluar dari Arsenal, mereka akan kehilangan seorang figura dalam Arsenal. Orang yang sentiasa dihormati dikalangan pemain. Sekali lagi, munkin akan tercipta ‘krisis kapten’ di dalam kelab, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Penyerang, penjaring, pengambil sepakan penalti dan sepakan percuma, pencipta gerakan dan juga kapten, kesemua itu ada pada Robin van Persie. Mampukah pemain lain atau pemain baru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski mampu mencipta impak yang sama seperti Van Persie? kita tunggu dan lihat.
July 6, 2012 @ 11:21 pm
Totally lost… Tak reti pon pasal bola. Hahahah…
Saja visit blog awak…Nanti singgah2 ler blog kite Dan follow yea
Wassalam…
July 9, 2012 @ 10:20 pm
ok. thanks kerana sampai ke sini. kalau tak tahu pasal bola pun boleh la promote kat kawan-kawan lelaki/suami pasal blog ni..heh..
July 7, 2012 @ 12:08 am
sudah terlalu lama dia di arsenal.. elok juga kalau dia pergi mencari pengalaman baru
July 9, 2012 @ 10:20 pm
dah lama juga dia tak menang atau dapat sebarang piala untuk arsenal..banyak pencapaian peribadi je
July 7, 2012 @ 5:28 am
Frust…frust..frust nya…xpelah podolski ada..hehehe 🙂
July 9, 2012 @ 10:22 pm
podolkski bakal mengharungi hari-hari yang sukar di Emirates nanti, orang akan membanding-bandingkan dia dengan van persie
January 27, 2015 @ 8:19 pm
takpe.
main tempat lain plak sementara ada yang nak bayar mahal.
January 28, 2015 @ 10:38 pm
kontrak dengan Man Utd sampai 2016, ntah sambung ke tidak?