Wayne Rooney Belum Puas

April 19, 2012

in Bola Inggeris

manchester united
Wayne Rooney baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kecewa dengan prestasinya semasa perlawan menentang Aston Villa. Walaupun Manchester United menang dengan 4-0 dan Rooney menjaring 2 gol, ianya masih belum memberi kepuasan kepada pemain antarabangsa England itu.

Dua gol tersebut telah menjadikan jumlah keseleruhan jaringannya musim ini 31 gol. Bagaimanapun penyerang itu masih lagi perlu melakukan yang terbaik dengan baki perlawanan yang tinggal. Dia masih ketinggalan 3 gol dari pencapain terbaiknya 2 musim lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu cuma ketinggalan 1 gol dibelakang lagenda United, George Best iaitu 179 gol. Rooney berkata, untuk menyamai rekod Best, ianya satu bonus, apa yang lebih penting ialah untuk memastikan United terus kekal sebagai pendahulu liga.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: