8 Minit Atau 30 Tahun?

8 minit masa permainan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina terpaksa dihentikan akibat kes membakar flare dan bom asap sebagai bantahan kepada 30 tahun FAM di bawah Presiden sekarang.
Ada yang tahu tujuannya Ultras Malaya buat perkara itu. Ada yang tahu, tapi berpura-pura tidak tahu kenapa Ultras buat semua itu.
Respon Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin tindakan penyokong Ultras Malaya yang membakar mercun serta bom asap disifatkan sebagai melampau.
“Saya memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu perlawanan, malah mengancam keselamatan penyokong lain yang berada di situ. Selama ini FAM bertolak ansur dengan penyokong Ultras Malaya terutama dalam insiden pembakaran mercun dan bom asap memandangkan sebelum ini, tidak hingga tahap mengganggu perlawanan.”
– YB Khairy Jamaluddin.
Apa yang menariknya, banyak laporan media arus perdana yang lebih memberatkan isu 8 minit yang terjadi di Selayang itu. Ianya adalah 8 minit yang memalukan maruah bola sepak Malaysia
Ramai yang risau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemungkinan bakal berdepan tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) jika Filipina membuat aduan.
Ramai juga yang menyalahkan Ultras, disebabkan gangguan itu, pemain Malaysia hilang tumpuan dan konsentrasi sedangkan waktu itu mereka sedang rancak menyerang.
Isu pokok kepada tercetusnya protes itu tidak dipandang serius oleh pihak berwajib.

Isunya ialah sudah lebih 30 tahun Presiden FAM memegang jawatan itu dan bola sepak Malaysia tidak menampakkan kemajuan dan tiada kejayaan besar. Tidak ramai atau tiada langsung media yang membesar-besarkan isu pokok ini.
Tan Sri Annnuar Musa antara individiu berprofil tinggi yang faham dan tahu kenapa Ultras melakukan protes tersebut.
Suara anak muda jangan diketepikan. Ini suara pencinta bola sepak Malaysia.
8 minit yang memalukan bola sepak Malaysia di Selayang atau 30 tahun tanpa sebarang kejayaan dan kemajuan lebih memalukan?
Jom kita baca apa kenyataan dari Ultras Malaya
Ramai yang mungkin tidak akan faham kenapa Ultras bertindak seperti itu. Bagi yang tidak faham itu, mereka akan anggap semua tindakan Ultras itu bodoh dan gila serta menyusahkan semua orang.
Kita kena faham, Ultras ini terlampau menCINTAi dan menyayangi bola sepak Malaysia. Mereka pergi ke Stadium atau ke mana sahaja perlawanan yang melibatkan skuad Hariamu Malaya dengan belanja dan duit poket sendiri. Bukan dapat sponser atau tiket free.
Ibarat orang yang mabuk berCINTA, apa sahaja sanggup dilakukan, lautan api sanggup direnangi demi orang yang dicintai.
Sama seperti Ultras, mereka sanggup lakukan apa sahaja, di maki di caci atau mungkin digari demi CINTA mereka kepada bola sepak Malaysia. Orang mabuk CINTA memang selalu akan buat kerja bodoh.
Ini adalah suara penyokong bola sepak Malaysia yang sudah jemu jelik dan muak dengan dengan Presiden FAM yang sudah lebih 30 tahun menerajui FAM. Tiada sebarang kemajuan.
Ini cara mereka meluahkan rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia selepas banyak cara baik dilakukan dan tidak dipandang oleh pihak yang berwajib.
8 Minit Atau 30 Tahun yang lebih memalukan?
Sumber : sinarharian.com.my , UltrasMalaya07 , UltraSelCurva
March 4, 2014 @ 10:07 am
Harap2 FAM esp pemimpin tertingginya sedar akan perkara ini
March 6, 2014 @ 9:36 am
mereka mungkin sedar, banyak desakan secara halus dan kasar dah dibuat. cuma tindakan dan respon yang tidak ada
March 4, 2014 @ 10:09 am
Suara anak muda jgn diketepikan.. amat tepat kata2 itu
March 6, 2014 @ 9:36 am
anak muda lah yang paling ramai datang ke stadium menyokong harimau malaya. tidak boleh diketepikan suara mereka
March 4, 2014 @ 11:00 am
Semoaga ada perubahan yang ketara dalam dunia bola sepak malaysia dalam masa terdekat ini..
March 6, 2014 @ 9:37 am
kita tengok nanti selepas kongres FAM. apakah ada perubahan dalam pucuk pimpinan
March 4, 2014 @ 12:50 pm
semoga FAM sedar akan kesilapan yg telah mereka lakukan….
March 6, 2014 @ 9:37 am
mereka mungkin sedar, cuma tidak mahu mengakui kesilapan yang dah dibuat
March 4, 2014 @ 8:24 pm
Isu baling suar tu aku tak nak komen tapi menjawab soalan last tu….30 tahun yg FAM patut dah sedar…harap2 ada perubahan dalam meeting FAM nanti…
March 6, 2014 @ 9:41 am
kongres nanti diharapkan ahli gabungan akan membuat pilihan yang bijak. jika mahukan perubahan, masa ni lah buat perubahan
March 4, 2014 @ 8:42 pm
tindakkan untuk kes ni satu hal, isu sebenar yang lebih penting, FAM kena cepat bertidak sebelum terjadi lagi,
March 6, 2014 @ 9:42 am
tindakan ini sebagai tanda protes. apa yang di-protes-kan itu perlu di ambil kira. bukan tutup sebelah mata dan pandang isu kecil lain
March 5, 2014 @ 12:02 am
Pada pendapat saya cara meluahkan tidak puas hati agak emosi. Jauh menyimpang budaya adat timur yang tinggi. Masihkah kita ingat negara Merdeka di meja rundingan.
March 6, 2014 @ 9:47 am
dari kaca mata sesetengah orang mungkin nampak radikal sikit tindakan ini. mengikut emosi. tapi jika kita ikut perjalanan Ultras dan PFSLJ, mereka dah jumpa FAM membangkitkan apa yang mereka mahukan. mereka pernah mengumpul tandatangan di luar stadium sebagai bantahan kepada Presiden FAM. tapi..masih ramai yang tidak pandang apa yang mereka mahukan itu secara serius.
bukan tidak berbincang, tapi tidak jalan. sebab ada yang anggap suara penyokong ini tidak ada apa-apa
March 6, 2014 @ 9:50 am
Bukan dengan cara membaling suar ke dalam gelanggang. Kenapa tidak mohon permit buat memorandum atau cara yang sah dari segi undang-undang. Perkara yang dilarang bawa tetap juga berdegil juga bawa. Rasanya pihak keselamatan cukup bertolak ansur. Adakah pada masa akan datang tahap keselamatan dipertingkatkan akan menyusahkan penyokong juga.
March 6, 2014 @ 10:08 am
baling flare, baling bom asap, memang betul salah.
memang betul, akibatnya juga mungkin kawalan keselematan akan semakin ketat dan menyusahkan penonton.
itu isu 8 minit.
sepanjang mengekori perjalan Ultras dari jauh, sokongan mereka kepada Harimau Malaya hingga ke pasukan hoki malaysia sangat kuat. insiden Selayang ini adalah tindakan mereka yang paling radikal. pastinya bersebab. dan ‘sebab’ itu lah yang perlu di ambil berat.
isu 30 tahun itu yang sepatutnya dipandang lebih serius.
March 5, 2014 @ 12:58 pm
Gaya pimpinan FAM yang buatkan mereka bertindak macam ni..kalau management okay, takkan ada situasi macam ni. So, memang harap FAM akan buka mata luas2 yang makin lama dah makin sepet tu
March 6, 2014 @ 9:48 am
mata FAM dah makin sepet.hahah…
lepas kena smoke bom makin sepet lah
March 10, 2014 @ 3:50 pm
ni lah terjadi bila derang ni org kuat sgt dan kebal..apa bole buat sbg rakyat…hrp2 mereka dengaq kata demi bolasepak harimau malaya…
March 14, 2014 @ 11:02 am
harapnya begitulah