Annuar Musa Digantung 2 Tahun
Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa 4 Apr 2012 atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.
Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.-Berita Harian.
Cakap-cakap bola : Seorang lagi timbalan Presiden FAM yang digantung. Kalau membuat teguran pun salah, tidak maju lah bola sepak kita.