Apex Duta Puma
Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, penjaga gol utama skuad kebangsaan telah dilantik sebagai duta jenama barangan sukan Puma. Rezki manusia siapa yang tahu. Walaupun sering dihimpit gosip yang tiada lansung kaitan dengan dunia sukan, Apex tetap menjadi pilihan Puma untuk menjadi duta mereka.
Munkin kerana aksi konsisten yang ditunjukkan setiap kali mewakili negara dan kelab, ianya menambat hati Puma untuk menajanya selama setahun.
Berdasarkan temubual antara Apex dan murai.com.my, Apex telah lama meminati barangan sukan jenama Puma. Menurutnya, Puma menampilkan rekaan yang ringkas dan bercirikan seorang atlet atau ahli sukan.
Bila ditanya tentang bayaran yang diterima. Apex tidak menyatakanya, tetapi dia merasakan ianya satu peluang yang baru untuk diceburi, iaitu menjadi duta kepada jenama barangan sukan. Dia juga menolak dakwaan kononnya dibayar setengah juta ringgit. Apex menambah lagi, jika ada peluang dia ingin mengeluarkan sendiri jenama barangan sukan miliknya. Selain itu, Apex masih lagi membuat pertimbangan beberapa tawaran kepadanya untuk menjadi duta.
Selepas kejayaan pasukan kebangsaan merangkul emas sukan SEA dan juara piala AFF, ramai pemain kebangsaan yang telah dilantik menjadi duta/jurucakap bagi sesuatu produk. Ianya memperlihatkan bahawa orang ramai atau syarikat korporat telah mula memandang tinggi kepada pemain bola sepak malaysia.
Fenomena yang munkin jarang dapat dilihat sebelum ini.
Selamat maju jaya Apex dan kesemua pemain pasukan bola sepak kebangsaan.
Ikuti temubual penuh di murai.com.my