Ceritera Pusingan Pertama Piala Malaysia 2013
Piala Malaysia 2013 pusingan pertama peringkat kumpulan sudah pun selesai. Sabtu ini akan bermula pusingan kedua.
Banyak kejutan dan keputusan yang mengejutkan sepanjang berlangsungnya pusingan pertama.
Dalam Kumpulan A. Apa sudah jadi dengan Misi 33 Selangor? Ada pendapat yang mengatakan Misi 33 Selangor itu satu badi. Sejak tahun 2011 Misi 33 dilancarkan, perjalanan Selangor dalam kempen Piala Malaysia agak malang. Selaku Naib Juara Liga Super 2013, hanya meraih 1 mata dalam 3 perlawanan kempen Piala Malaysia ianya sesuatu yang mengecewakan. Kemuncaknya, Irfan Bakti telah meletakkan jawatan.
Pasukan dari Liga Perdana menjadi pendahulu dalam kumpulan A. Naib Juara Liga Perdana, Sime Darby sedang mendahului Kumpulan diikuti oleh Johor FA.
PKNS FC satu-satunya pasukan yang berjaya mengutip mata penuh setakat ini, serta menjadi peneraju kumpulan B. Manakala Felda United kalah semua 3 perlawanan. Safee Sali pula sudah menemui sentuhan. JDT kini berada di tangga kedua Kumpulan B.
Kumpulan C menghimpunkan semua pasukan Pantai Timur. Pahang dan Kelantan masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusiangan pertama ini. Negeri Sembilan dan Terengganu sedang bergelut untuk kembali memberikan saingan.
Dalam kumpulan D pun ada cerita menarik. 2 Juara dihimpunkan dalam satu kumpulan. Juara Liga Super 2013, Lions XII kalah 2 dari 3 perlawanan dan setakat ini hanya berjaya mendapat 1 mata. Juara Liga Perdana 2013 Sarawak berada di kedudukan ke-2 dalam kumpulan dengan mengutip 4 mata. Kedah boleh dianggap pakar seri, mereka seri dalam semua perlawanan.
Banyak cerita menarik dalam pusingan pertama Piala Malaysia kali ini.
Ada sesetengah pendapat pula mengatakan, Piala Malaysia kali ini banyak kejutan berkemungkinan kerana ada kaitan dengan aktiviti mengatur perlawanan. Tersebar di facebook ialah gambar tiket pertaruhan antara Sime Darby dan Selangor.
Tidak boleh buat tuduhan melulu kalau tidak ada bukti yang sah.
Tapi kalau benar ianya berlaku, ianya sesuatu yang sangat mengecewakan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan, yakin beberapa pemain Negeri Sembilan terlibat dalam rasuah.
Semoga pusiangan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia yang akan bermula Sabtu ini akan lebih meriah. Beberapa pasukan besar akan cuba untuk kembali memberikan saingan.
Teruskan menyokong bola sepak Malaysia !
September 10, 2013 @ 4:37 pm
kena langkah. wat misi 34 selangor. haha..
September 12, 2013 @ 10:23 am
mungkin kot. kena namakan dengan misi yang berbeza
misi 34, atau misi 33 v2.0