Datuk Afandi Hamzah Pemangku Jawatan Presiden KAFA

April 12, 2012

in Bola Malaysia

kafa,kelantan
Siapa bakal pengganti sementara Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah terjawab. Naib Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah dilantik memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa 5 April 2012, menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua setengah tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.

Menurutnya satu mensyuarat telah dilakukan dan sebulat suara bersetuju memilih Datuk Afandi untuk memangku jawatan Presiden sehingga proses pemilihan berlangsung semula tahun depan. Beliau dilihat individu yang mampu meneruskan kesinambu­ngan kecemerlangan pasukan The Red Warriors.

Dalam pada itu, Annuar menerusi laman sosial Facebooknya berkata: “Mereka boleh ambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya. Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak, tapi saya haram diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia. Tindakan FAM beri semangat baru kepada saya,” jelasnya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: