DS Afandi : Mulai 2016 Kita Anggap Bermulanya Era Profesionalisma Liga Malaysia

Selepas bertahun-tahun lamanya, akhirnya Liga Malaysia menuju ke arah yang lebih baik. Liga Malaysia sebelum ini yang dilihat tidak mempunyai ‘standard’ akhirnya akan berubah wajah bermula dengan musim 2016.
Satu taklimat berkaitan perjalanan Liga Malaysia 2016 telah dianjurkan oleh Football Malaysia LLP (FMLLP) pada 7-8 Jan 2016.
Taklimat ini dihadiri oleh wakil dari 24 pasukan yang akan bertanding di dalam Liga Super dan Liga Perdana 2016.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan maklumat apa yang perlu dilakukan dan apakan fungsi FMLLP sebagai pengurus Liga Malaysia 2016.
Selain taklimat pasukan, taklimat media, penaja dan penyokong juga turut dianjurkan oleh FMLLP.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam menegaskan, taklimat ini akan menumpukan sepenuhnya kepada liga yang akan bermula pada bulan Februari ini.
Dalam taklimat itu dimaklumkan, Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan tahun ini. Liga Malaysia akan bermula dari Februari hingga Oktober. Manakala jendela perpindahan akan dibuka pada bulan Januari dan Jun.
“Privatisation means more money? Not exactly. Privatisation is the era of full professionalism and because of that we get more money”
– Kevin
Penswastaan Liga Malaysia 2016 tidak bermaksud, setiap pasukan tidak mempunyai hak ke atas Liga. Semua pasukan yang bertanding akan menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP. Selepas ditandatangani, pasukan juga adalah sebahagian dari FMLLP dan berhak untuk mengubah jadual, peraturan dan sebagainya.
Diharapkan perjalanan Liga Malaysia 2016 akan menjadi lebih baik.
Sebagai penyokong bola sepak Malaysia, kami mengharapkan Liga Musim 2016 akan lebih meriah dan kompetetif. Ianya juga diharapkan dapat melahirkan ramai pemain yang berkualiti serta mampu memberikan sumbangan yang terbaik untuk Harimau Malaya.
//Sumber : Football Malaysia @footballmasllp