Dua Pemain Lagi Akan Ke Portugal
Menurut Ejen yang membawa Nazmi Faiz ke Portugal, Marco Guimaraes, dia akan cuba membawa 2 orang lagi pemain muda Malaysia ke Portugal menjalani ujian dengan beberapa kelab Portugal. Dua pemain itu, seorang dari Harimau Muda dan seorang lagi dari sebuah kelab yang bermain dalam Liga Malaysia.
Jurulatih Ong Kim Swee telah dimaklumkan mengenai perkara itu, tetapi buat masa sekarang, dia meminta biarlah urusan Nazmi di Portugal selesai dahulu.
Marco Guimaraes adalah pemilik Football Management International (FMIsports) di Singapura. Dia juga adalah seorang ejen berdaftar dengan FIFA. FMIsports telah ditubuhkan 5 tahun dahulu. Kini terdapat 11 pemain yang berada di bawah pengurusannya.
Menurut Marco pada awalnya dia bercadang membawa Nazmi ke Sporting Lisbon dan Benfica tetapi Nazmi hanya akan bermain dalam pasukan simpanan.
Oleh kerana Marco mahukan Nazmi bermain dalam pasukan utama, dia telah membawa Nazmi ke Beira-Mar dimana dia mengenali Pengarah Sukan kelab tersebut dan akan pastikan Nazmi beraksi dalam pasukan utama kelab tersebut.
Menurut Marco lagi, dia banyak mendengar berita tentang pemain Malaysia yang dibawa menjalani ujian pemilihan di Cardiff City. Tetapi selepas ujian, mereka tidak dipilih. Menurutnya, agak mustahil pemain Malaysia ke Cardiff kerana kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA lebih dari 70. Syarat bermain di liga inggeris terlalu ketat.
Sumber : espnstar.my