Format Liga FAM 2015

Liga FAM 2015 kali ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. 10 pasukan di kumpulan A dan 9 pasukan berada di kumpulan B. Juara setiap kumpulan akan naik ke Liga Perdana.
Sebelum ini, Liga Divisyen 3 dalam sistem Liga Malaysia ini hanya disertai 8 – 12 pasukan sahaja. Pada tahun ini ianya disertai sebanyak 19 pasukan. Untuk memastikan perjalanan liga ini tidak terlalu panjang dan lama, yang mungkin akan melibatkan banyak kos bagi setiap pasukan, maka ianya dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Ramai yang maklum, pada tahun 2016 Liga Super dan Liga Perdana akan diswastakan, ianya akan diuruskan oleh sebuah organisasi lain dan tidak melibatkan FAM. Oleh itu, bermula dari tahun ini, FAM berhasrat menjadikan Liga FAM lebih profesional dan kompetetif.
Sepak mula Liga FAM akan berlangsung pada 3 Mac 2015.
Kebanyakkan pasukan yang bermain di Liga FAM ini adalah dari kelab-kelab bola sepak. Diharapkan setiap kelab ini mempunyai satu pasukan pengurusan yang baik dan cekap. Pengurusan yang baik dan cekap mampu membawa kelab untuk bersaing lebih jauh.
Kejayaan setiap pasukan bukan hanya terletak kepada pemain dan jurulatih sahaja, ianya juga melibatkan keseluruhan pasukan. Masing-masing perlu tahu memainkan peranan yang telah diberikan.
// Sumber : fb/HarimauMalaya , fb/Football Association of Malaysia (Official) , wikipedia , fb/Penyokong Bolasepak Melaka
January 27, 2015 @ 3:07 pm
Setelah penat aku google.. ade jugak mende nih.. Thanks !
January 28, 2015 @ 10:37 pm
terima kasih singgah ke sini. jemput datang lagi
January 27, 2015 @ 8:25 pm
harap semua pasukan bermain sungguh-sungguh untuk masuk liga super tahun 2016 nanti.
January 28, 2015 @ 10:39 pm
akan lebih meriah liga super nanti
January 27, 2015 @ 11:06 pm
moga bolasepak malaysia terus maju dengan permainan yang berkualiti dan pengurusan yang professional
January 28, 2015 @ 10:40 pm
itu yang kita harapkan. kita mahukan satu liga yang betul-betul profesional