Harimau Malaya Perlu Di Rombak
1. Skuad Harimau Malaya memang perlu dirombak. Banyak kelemahan yang ditunjukkan dalam kempen Piala AFF 2012 yang lalu. Sebenarnya kelemahan itu dah nampak sebelum bermula perlawanan lagi. Semua perlawanan persahabatan Harimau Malaya berakhir dengan keputusan yang kurang memuaskan.
2. Memang betul. Bukan mudah mengekalkan kejuaraan berbanding memburu kejuaraan. Kita juara tahun 2010. Pada waktu itu, kita bukan pasukan pilihan. Ramai yang tidak menyangka dalam kempen 2010, Harimau Malaya boleh pergi jauh.
3. Skuad yang terbentuk untuk kempen 2010 bukanlah barisan terkuat. Ramai pemain muda yang dibawa masuk. Pemain utama pula ramai yang cedera. Pemain-pemain bukan pilihan tersebut, menunjukkan kualiti terbaik dalam diri mereka. Hasilnya, kita juara 2010.
4. Skuad juara 2010 bukanlah barisan pemain terbaik. Maksudnya, kebanyakkan pemain adalah pilihan kedua jurulatih. Hukum alam, sesuatu yang dibina dan tidak mempunyai asas yang kuat pasti akan roboh dan jatuh. Sama lah keadaannya dengan Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2012, rata-rata pemain dari skuad 2010.
5. DS Subahan Kamal menyatakan, rombakan akan dibuat. Pemain yang tidak menunjukkan kualiti yang baik akan digugurkan dan pemain yang sebelum ini tersisih akibat kecederaan akan dipanggil semula bagi menguatkan pasukan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia. Macam mana dengan pemain yang bagus dan berkuliti tapi tak diberi peluang, tak nak panggil?
6. Sebelum kempen Piala AFF 2012 lagi, ramai yang sudah memberikan pendapat, Harimau Malaya pasti akan tumbang dan tidak dapat mengekalkan kejuaraan. Sepatutnya skuad kebangsaan diwakili oleh pemain-pemian yang berkualiti dan terbaik berdasarkan prestasi mereka di dalam Liga Malaysia. Akibat memberikan teguran kepada Harimau Malaya, TS Anuar Musa digantung oleh FAM
7. Skuad kebangsaan bukannya eksklusif untuk sesetengah pemain dan juga tidak tertakluk dibawah had umur tertentu. Kalau pemain itu berumur 30 tahun sekalipun, tetapi masih lagi berkualiti, kenapa tidak dibawa masuk dalam skuad kebangsaan?. Hanya 2 pemain dari pasukan yang menjuarai Liga Super dan bertanding dalam Piala AFC. Terdapat 3 pemain dari pasukan yang jatuh dari Liga Super ke Liga Perdana.
8. Satu keputusan pelik dibuat oleh team kejurulatihan Harimau Malaya semasa menghampiri sepak mula Piala AFF 2012. Alex telah digugurkan dari pasukan utama, seterusnya dipanggil semula akibat kecederaan Zaquan. Alex digugurkan munkin atas sebab kurang berkualiti. Kalau dia kurang berkualiti kenapa tidak dipanggil pemain lain. Lebih pelik, coach Rajagobal lebih banyak memasukan Alex – yang dah digugurkan sebelum ini – berbanding pemain lain yang tidak digugurkan. Pelik
9. Ramai yang menyalahkan pengadil dari Korea kerana membuat keputusan yang meragukan dalam perlawanan Malaysia menentang Thailand, seterusnya membuatkan Harimau Malaya tersingkir dan gagal mengekalkan kejuaraan. Hakikatnya, jika perlawanan malam itu diadili oleh pengadil yang berkualiti sekalipun, persembahan Harimau Malaya tetap hambar. Kualiti hantaran kurang baik, jentera tengah kurang kreatif dan tidak setanding dengan pemain tengah Thailand. Kita kalah kerana mutu pengadilan dan cara permainan kita sendiri.
December 20, 2012 @ 10:36 pm
“hanya 2 pemain dari pasukan yang menjuarai liga super”
liga super tiada nilainya pada pandangan pentadbiran pasukan harimau malaya
macam tu ke, bro?
January 8, 2013 @ 9:57 pm
Gamaknye camtulah cikgu…ade tp tak dipandang…huhu
January 9, 2013 @ 11:21 am
betul tu. ada kualiti tapi diketepikan
January 9, 2013 @ 11:21 am
pendapat dari kumpulan PFSLJ, liga malaysia gred D
January 9, 2013 @ 11:48 am
Tajam pendapat kumpulan ni, tp nampaknya semacam tak dipandang langsung…
Semalam, tgk pulak sidang akhbar coach Raja tentang persiapan utk kelayakan Piala Asia 2015. Mungkin tiada rombakan besar pemain…gelang kepala ambe dengar!
January 9, 2013 @ 11:58 am
ramai yang kecewa kalau tidak ada perubahan besar. kita dah tak nak dengan eksperimen lagi
kita ni rakyat bawahan, siapa lah yang nak dengar pendapat kita. kalau kita bersuara lebih-lebih nanti dikatakan derhaka pulak
January 8, 2013 @ 11:56 pm
bagi aku, bab pemain tu satu..pengadil tu pun satu.
January 9, 2013 @ 11:22 am
pengadil kita tak boleh nak buat apa-apa lah 🙂