Harimau Muda Perlu Kekal Konsisten
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menggesa anak buahnya supaya tidak mengambil sikap sambil lewa dan kekal konsisten dalam saingan Liga Singapura. Ketika ini Harimau Muda sedang menduduki tangga kedua liga dan berkongsi mata dengan Brunei DPMM.
Kejayaan Harimau Muda membenam Angakatan Tentera Singapura (SAF) 2-1 baru-baru ini, menunjukkan tanda positif untuk mencapai sasaran pasukan menduduki kelompok 5 terbaik dalam liga.
Bagaimanpun kejayaan menumpaskan SAF tidak boleh membuatkan pasukan Harimau Muda berpuas hati. Kim Swee juga turut meluahkan rasa puas hatinya ke atas pemain simpanan kerana mampu menggalas tugas yang diberi. Shahrul Saad dan Mohd Azizan Nordin beraksi baik untuk mengambil tempat Mahali Jasuli dan Mohd Irfan Fazail yang cedera,
Harimau Muda bakal berhadapan cabaran getir menjelang pertembungan pasukan teratas, menentang Brunei DPMM di gelanggang lawan, Jumaat ini.