Insiden Larkin : JDT Menang 3-0
Itulah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberikan kemenangan 3-0 ke atas JDT selepas T-Team meinggalkan padang pada separuh masa kedua perlawanan di Stadium Larkin.
Menurut SU Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, keputusan dibuat berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team menarik diri pada baki perlawanan tanpa alasan yang kukuh.
Keputusan perlawanan sudah ditentukan. JDT menang.
Tapi ramai yang masih tidak tahu, apakah yang sebenarnya terjadi semasa di dalam terowong ke bilik persalinan, hingga menyebabkan pengurusan T-Team membuat keputusan meninggalkan perlawanan tersebut.
Siapa yang berada dalam terowong pemain ketika itu?
Apa yang kita nampak berdasarkan rakaman Astro Arena ialah beberapa anggota keselamatan, jurugambar dan pemain serta pengurusan kedua-dua pasukan.
Mereka ini lah saksi-saksi penting yang seharusnya dipanggil oleh FAM untuk menyiasat perkara yang berlaku di dalam terowong Stadium Larkin hingga memaksa T-Team membuat keputusan meninggalkan perlawanan atas faktor keselamatan.
T-Team memberikan alasan faktor keselamatan. Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan tidak selamat ketika itu?
Nampaknya Insiden Larkin tidak selesai lagi. Masih banyak yang tidak didedahkan kepada umum.
Menurut Pengerusi JKPT merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah, perkara tersebut akan diserahkan kepada Sekretariat FAM untuk membuat siasatan lanjut.
“Pihak Sekretariat masih belum menentukan sama ada terdapat kes atau tidak berhubung insiden tersebut kerana siasatan lanjut belum bermula,”
– Datuk Affandi Hamzah
Kita tunggu dan lihat kesudahan Insiden Larkin ini nanti.
Sumber : astroawani.com
February 7, 2014 @ 11:03 am
Silap T-team tarik diri, kalau teruskn main maybe boleh menang…game TTeam pun sedang kemah…
February 8, 2014 @ 8:03 am
tahniah JDT….teruskan berjuang.
February 8, 2014 @ 5:15 pm
dah rezeki jdt. hehe..
tapi takpe. Pahang menang malam tadi.
February 9, 2014 @ 11:32 pm
Makin panas bila MB Terengganu cabar pemain bersumpah…
aduilah