Insiden Larkin
Rata-rata peminat bola sepak Malaysia sudah tahu apa yang berlaku di Larkin minggu lalu. Perlawanan diantara JDT dan T-Team terpaksa dihentikan atau ditangguhkan sebelum bermulanya sepak mula separuh masa kedua.
Semuanya berpunca dari pergaduhan yang tercetus diantara pengurusan kedua-dua pihak. Ianya berlaku di lorong masuk ke bilik persalinan. Tidak ramai saksi kejadian melainkan pengurusan kedua-dua kelab.
Ianya sesuatu yang jarang sekali terjadi di Liga Malaysia. Kebiasaanya pergaduhan tercetus diantara penyokong-penyokong.
Mesti bersebab kenapa T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan di separuh masa kedua. Adakah mereka benar-benar bimbang kan keselematan pemain dan pegawai pasukan? Ini kerana TMJ sebelum ini pernah berjanji kawalan keselamatan kepada pasukan pelawat adalah terjamin di Larkin.
FAM melalui SU Agungnya Datuk Hamidin, akan membuat keputusan pada hari Khamis ni berkaitan isu ini selepas JKPT bersidang dan membuat keputusan.
Ada juga terdengar cerita, punca pergaduhan itu disebab oleh mutu pengadilan yang lemah semasa perlawan berlangsung.
Banyak spekulasi dan andaian yang dibuat.
Menurut facebook JDTFC.com , hari ini TMJ telah hadir ke pejabat PBNJ untuk bertemu dengan pihak FAM dan memberikan keterangan berhubung insiden di Larkin itu
Semoga keputusan yang dibuat oleh FAM itu nanti, mampu meredakan sikit ketegangan yang berlaku sekarang. FAM perlu berlaku adil dan bertindak bijak untuk menyelesaikan kes ini.
February 5, 2014 @ 4:27 pm
kes ini memang lain dr lain. pendapat aku, t-team tak sepatutnya terus balik daripda stadium…dan video yg astro tayangan tidak memperlihatkan TMJ memukul….. hanya mereka yang berada ketika itu yang tahu cerita sebenarnya…..
February 7, 2014 @ 10:02 am
betul. t-tean tak sepatutnya balik. perlawanan patut diteruskan. kes masih dalam siasatan, kita tunggu dan lihat keputusannya
February 5, 2014 @ 5:38 pm
kita tunggu dan lihat ajelah jawabnya. Masih blurr lagi isu ni.
February 7, 2014 @ 10:01 am
masih lagi samar-samar, seperti ada sesuatu yang dirahsiakan
February 6, 2014 @ 5:19 pm
sama-sama kita tunggu laporan rasmi dari lepas siasatannya nanti.
February 7, 2014 @ 10:01 am
tidak sabar nak tahu pengakhiran cerita ini
July 4, 2015 @ 4:11 am
Add wechat sy id rindu98