Jersi Baru Selangor Musim 2014

Rasanya rata-rata penyokong setia Red Giants sudah melihat jersi baru pasukan Selangor. Ianya telah dilancarkan di SACC, Shah Alam serentak dengan pengumuman senarai penuh pemain pasukan Liga Super Selangor 2014.
Dalam majlis tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim mensasarkan sekurang-kurangnya dua piala untuk dimenangi skuad Merah Kuning bagi menghadapi musim 2014 ini.
Semoga harapan dan sasaran yang diletakkan itu mampu dicapai oleh anak buah Mehmet Durakovic.

Menjadi tranding di media sosial ialah tentang corak jersi pasukan Selangor. Ada yang bersetuju, ada juga yang mencemuh dengan corak jersi kali ini.
Beli Jersi Original Selangor Kappa
Khabarnya, jersi ini berilhamkan jersi yang dipakai oleh pasukan Selangor semasa musim 90-an dulu. Banyak kejayaan besar yang dikecapi oleh pasukan Selangor ketika itu.
Ada juga yang memberikan pendapat, jersi tidak menjadi faktor menang atau kalah sebuah pasukan. Paling penting ialah permainannya. Itu ada benarnya juga.

Penyokong ada pilihan, samada mahu pakai jersi lama atau beli jersi baru ini sebagai tanda sokongan. Terpulang.
Apa pun selamat maju jaya kepada pasukan Selangor.
Jom nyanyi..
Merah kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorak yg menggegarkan
Cabaran disambut dgn kesungguhan
Kecemerlangan kecemerlangan kecemerlangan jadi kenyataan
Merah kuning keberanian
Menempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan
Selangor Darul Ehsan
Sumber : faselangor.my , fb.com/rtbps
BolaStore.com – Jersi Bolasepak Malaysia Original!
January 16, 2014 @ 11:14 am
Kalau ambe, ambe tak kisah sangat. Janji baju tu nanti tak serabai. Main cantik, tu dah cukup utk peminat bola.
Kita tunggu 1st game Selangor vs T-Team. =)
January 16, 2014 @ 4:00 pm
ok la. baju belang tu memang nampak lawa gak.
January 18, 2014 @ 10:35 pm
Saya memilih jersi sebelah kanan berbanding jersi sebelah kiri. Mungkin ini angin perubahan yang ingin dibawa oleh skuad Selangor kot.
January 19, 2014 @ 4:00 am
janji ada warna merah dan kuning. itu penting.
February 19, 2014 @ 6:08 pm
Barcelona versi Malaya….