Laluan JDT Dalam AFC Champions League 2015

Johor Darul Takzim (JDT) adalah wakil tunggal Malaysia di dalam AFC Champions League 2015. Selaku juara Liga Super 2014 JDT layak untuk bermain di peringkat kelayakan AFC Champions League 2015 kali ini.
Perlawanan pertama pusingan kalah mati, JDT akan bertemu Bengaluru FC (India) pada 4 Feb 2015. Jika JDT menang dalam perlawanan ini, lawan mereka seterusnya ialah Bangkok Glass FC (Thailand) yang telah layak secara automatik ke peringkat kedua pusingan kelayakkan ini.

Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak yakin mereka mampu untuk menumpaskan Bengaluru. Cuma dua perlawanan seterusnya iaitu menentang Bangkok Glass FC dan Beijing Guoan FC di tempat lawan akan memberikan sedikit kesukaran kepada mereka.

Beijing Guoan ialah juara Liga China sebanyak 13 kali. Jika mereka menang ke atas Beijing Guoan, maka terciptalah satu sejarah baru dalam bola sepak Malaysia, wakil Malaysia yang pertama layak bermain di peringkat kumpulan AFC Champions League.

Kemenangan ke atas Beijing Guon pula akan meletakkan JDT di dalam Kumpulan G bersama dengan bekas juara 2007 Urawa Red dari Jepun, juara Liga Australia, Brisbane Roar dan 4 kali juara Liga Korea, Suwon Bluewings.
Jika JDT layak menempatkan diri ke peringkat kumpulan, maka tempat JDT di AFC Cup 2015 pula akan diisi oleh naib juara Liga Super Malaysia 2014, Selangor. Tapi jika JDT gagal di dalam pusingan kelayakan ini, mereka masih layak untuk bermain di AFC Cup 2015.
Selamat berjuang JDT. Semoga Selangor layak ke AFC Cup !
January 24, 2015 @ 1:25 pm
nak tak nak kena banyak seri dan menang.
kalah bukan option dah tu.
January 28, 2015 @ 10:37 pm
bila JDT menang. Selangor layak ke AFC Cup