Laman Web FAM Masih Belum Di Baiki?

Kejadian penyokong Malaysia menyerang penyokong Vietnam telah hampir sebulan berlalu. Insiden berlaku selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Harimau Malaya dan Vietnam di Stadium Shah Alam. Rata-rata penyokong dan peminat bola sepak Malaysia tidak bersetuju tindakan itu.
Penyokong yang terlibat telah dikenalpasti dan telah dijatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran untuk kita semua.
Serangan balas di alam cyber telah dilakukan oleh hackers Vietnam ke atas laman web rasmi FAM. Selepas menyedari hal tersebut, FAM menutup sementara laman web mereka.
Apa yang mengejutkan, hingga ke artikel ini ditulis, selepas hampir sebulan seperti tiada sebarang perubahan yang dibuat oleh Admin web tersebut. Masih terdapat beberapa bahagian yang jelas kelihatan ‘jejak’ yang ditinggalkan oleh hackers.

“checked again by kymljnk…stupid admin”
salah satu ayat yang tertulis di laman web FAM.
Adakah Admin web tersebut yang kurang cerdik atau hackers Vietnam itu yang lebih cerdik?
Kita tengok sendiri, ini lah realitinya. Bagaimana sebuah badan induk bola sepak negara buat kerja. Selepas hampir sebulan di serang hackers, masih lagi ok, tiada sebarang perubahan.
Laman web FAM adalah lamam web rasmi untuk orang luar mencari maklumat tentang bola sepak Malaysia. Tapi sayangnya, laman web ini langsung tidak menarik. Tidak banyak maklumat yang dipaparkan.
Kalau tidak mampu nak buat, FAM boleh lantik syarikat luar untuk membina dan menguruskan laman web mereka. Adakah FAM tidak ada dana untuk itu? Atau mungkin FAM tidak nampak betapa pentingnya laman web di masa sekarang?
Kita mahukan sebuah liga profesional, pemain profesional dan pegurusan kelab yang profesional. Tapi sayanganya, badan pentadbir bola sepak Malaysia masih ‘malu-malu’ untuk menjadi lebih profesional.
January 11, 2015 @ 2:00 am
suruh je orang FAM suruh hang tolong jaga.
bayar upah mahal sikit. hehe
January 11, 2015 @ 10:06 pm
kalau ada tawaran yang bagus, apa salahnya 🙂
January 12, 2015 @ 6:14 pm
Semoga ke depannya akan mendapat perhatian dari pihak FAm