Larangan Suar Dan Kayu Masuk Ke Dalam Stadium
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menguatkuasakan serta merta peraturan pengharaman suar (flare) dan larangan membawa kayu ke dalam stadium dalam saingan Liga Malaysia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM Datuk Salleh Mat Rasid, peraturan itu terpaksa dikuatkuasakan demi keselamatan penonton di dalam stadium.
“Suar adalah alat yang menyalahi undang-undang, dengan adanya CCTV kerja pemantauan lebih fokus. Kayu yang digunakan pada sepanduk juga berbahaya kepada keselamatan orang ramai. Pihak polis sentiasa mendapatkan risikan dari semasa ke semasa dan kita juga sedang mencari siapa yang membawa barang tersebut (suar),”
– Datuk Salleh Mat Rasid
Ada sesetengah pendapat pula mengatakan, peraturan ini seperti satu cara untuk mengawal kuasa penyokong dan penonton bola sepak Malaysia yang meningkat sejak akhir-akhir ini. Kuasa dan suara penyokong bola sepak Malaysia mulai kuat.
Mengharamkan flare itu adalah sesuatu yang betul, ianya turut dilakukan di semua liga bola sepak. Tapi bila kayu untuk bendera juga diharamkan, ianya sesuatu yang pelik.
Bila FAM kata ianya soal keselamatan, kita sebagai penyokong bola sepak Malaysia haruslah menyokongnya. Isu keselamatan tidak boleh dipandang ringan.
Penyokong bola sepak Malaysia haruslah menjadikan stadium di Malaysia ini selamat untuk semua. Boleh membawa satu famili untuk menonton perlawanan bola sepak.
Betul, bila bendera dah tidak ada tiang/kayu akan nampak pelik dan janggal. Tapi sokongan harus juga diteruskan.
Kongsikan pendapat anda tentang hal ini di ruangan komen di bawah.
Sumber : astroawani.com
February 21, 2014 @ 9:51 pm
kayu pun ada orang bawa masuk ke??
February 26, 2014 @ 12:01 am
kayu tiang bendera tu
February 24, 2014 @ 10:10 pm
Aik dulu dibenarkan ke? Rasanya dari dulu kena larang cuma kena seludup bawa masuk.
February 26, 2014 @ 12:02 am
rasanya dulu tidak seketat sekarang, setakat tiang bendera masih lagi dibenarkan. cuma sekarang dah dilarang
February 26, 2014 @ 3:14 pm
Flare mmg brg larangan. termaktub dlm undang2 FIFA. tifo/stick banner xde masalah. FAM je yang terlalu takut…
February 27, 2014 @ 12:33 pm
flare tu memang setuju lah.
kenapa masa piala AFC haritu, fan selangor boleh je bawak tiang bendera? tapi dalam game kendalian FAM, tiang bendera tak boleh pulak
February 27, 2014 @ 1:09 pm
Kalau x silap AFC Cup 100% dibawah tanggungjawab AFC. FAM hanya sediakan tempat je…itu bezanya..AFC follow rules FIFA …FAM pun follow rules FIFA tapi tambah skit rules ikut sukahati FAM…
March 1, 2014 @ 1:30 am
itu yang menjadi persoalan ramai orang. kenapa level AFC boleh