Liga Malaysia 2013 Sudah Bermula : JDT Kalah
1. Liga Bola Sepak Malaysia sudah mula kembali. Sokongan padu dari seluruh peminat bola sepak tempatan sangat diharapkan. Permainan yang berkualiti dari setiap pasukan pula adalah harapan setiap penyokong yang datang ke stadium.
2. Kumpulan PFSLJ mengatakan liga bola sepak Malaysia Class D. Tidak ada respon pun dari pentadbir bola sepak Malaysia. Oleh kerana mutu liga yang dikatakan rendah, maka lahirlah pemain kebangsaan yang berkualiti rendah. Kumpulan PFSLJ dan seluruh peminat bola sepak Malaysia mahu dakwaan itu dibuktikan tidak benar dengan bermulanya saingan liga malam tadi.
3. Perlawanan tumpuan semestinya Pahang lawan Johor Darul Takzim (JDT). Jika JDT menang dalam perlawanan malam tadi. Ianya berita biasa-biasa je. Munkin akan berbunyi, barisan pemain bintang menyerlah. Biasa je..
4. Berita menjadi lebih luar biasa bila barisan pemain bintang tumbang kepada Tok Gajah. Semangat juang Tok Gajah memang mengalir dalam barisan pemain Pahang. Bangkit dari ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama dan menang 3-2. Syabas dan tahniah Pahang.
5. Sebelum perlawanan banyak berita mengatakan Fandi Ahmad tidak akan menurunkan kesebelasan utama. Itu cuma permainan psikologi mereka. Ternyata hampir semua pemain utama diturunkan dalam perlawana malam tadi. 10 minit terakhir pun Safee Sali dimasukkan.
6. Memang betul, baru perlawanan pertama. Tidak boleh diambil kira lagi, tapi tidak boleh dipandang sebelah mata kegagalan ini. Manchester United pun kalah pada opening-day dengan Everton. So, JDT harus bangkit selepas ini.
7. Banyak kelab yang akan cuba untuk mengalahkan JDT. Pahang menunjukkan, dengan kesungguhan dan keazaman kuat dan tidak berbelanja besar, mereka mampu menjadi salah satu kelab yang akan mencabar kejuaraan musim ini.
8. Realitinya malam tadi, penyokong negeri lain menyokong Pahang. Ramai yang nak tengok JDT kalah. Tapi tak bermaksud ramai tidak suka JDT. Cuma ramai yang nak tengok perbelanjaan besar campur perang mulut antara pegawai tertinggi pasukan, berbaloi ke tidak. Harap warga Johor faham.
9. Satu lagi perlawanan tumpuan, Selangor lawan Negeri Sembilan. Apa yang boleh dikatakan tentang perlawan itu ialah ianya satu perlawanan tipikal bola sepak Malaysia. Tempo permainan yang slow. Tidak banyak gerakan merbahaya. Penyudah kurang berkesan. Selangor menang 1-0 hasil jaringan bekas pemain Negeri Sembilan musim lalu S. Kunalan.
10. Semoga liga Malaysia akan lebih rancak musim ini dan menjadi tempat atau medan untuk jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal memilih pemain yang betul-betul berkualiti tinggi mewakili Harimau Malaya mengharungi kempen kelayakan Piala Asia.
January 9, 2013 @ 11:45 am
Pahang vs JDT. Separuh masa pertama mmg nampak kelebihan berpihak kpd JDT. Semuanya berubah bila Dollah Salleh buat pertukaran separuh masa kedua.
Bagi ambe, perlawanan ni jauh lebih baik berbanding perlawanan2 lain…tempo permainan dan hantaran pemain lebih baik…
2 pasukan ni pasti akan menggerunkan pasukan lain…
January 9, 2013 @ 11:56 am
kita belum nampak lagi semua pasukan bermain. malam ni ada game kelantan vs PKNS, ATM vs lions.
Lions paling senyap dan kurang mendapat liputan persiapannya untuk saingan liga musim ini. kita tak tahu senjata mereka
January 15, 2013 @ 8:56 am
Lions xII mcm sengaja tak diberi perhatian…tp ambe tgk, pasukan antara pasukan yg terbaik dlm liga…pemain tmpatan mereka cukup baik dgn disiplin yg bagus..
harap pasukan tmpatan dapat beri cabaran pada mereka
January 20, 2013 @ 10:28 am
mereka memang salah satu pasukan yang sangat baik. itu sebabnya musim lepas dia orang tangga kedua dalam liga malaysia
January 9, 2013 @ 12:27 pm
Lambakan bintang bukan tanda kemenangan. Heheheh
Apapun tahniah pahang kerana buat satu comeback yang hebat. Dan pastinya ianya game pembuka tirai yang menarik
January 9, 2013 @ 3:51 pm
tahniah buat TMJ dengan usahanya, membawa semangat bola sepak kembali di kalangan rakyat johor menampakkan ada perubahan. penyokong bola sepak johor mulai bersatu semula.
TMJ nak satu hari nanti ada anak johor dalam pasukan Harimau Malaya
January 9, 2013 @ 3:16 pm
so far, puas hati tengok pahang main masa set kedua. berbeza masa set pertama. kemasukan gopi dan surendran, memang ubah besar corak serangan diorang. Dari defend sampai ke striker..semua main laju semacam aje..
January 9, 2013 @ 3:52 pm
yang tak best 2nd half tu tengok cara Guiza main. dia macam dah keletihan sangat. sepatutnya Safee masuk ganti dia, bukan tukar pemain tengah tu (apa ntah nama dia tu)
January 9, 2013 @ 6:24 pm
Nampaknya pasukan ALL STAr belum menemui sentuhan lagi..
January 10, 2013 @ 4:40 pm
masih awal lagi. sentuhan belum tepat lagi
January 10, 2013 @ 12:23 am
liga masih di peringkat awal
masih banyak yang perlu dilakukan dan ditunjukkan
harap2 penonton juga semakin berhemah menikmati perlawanan
January 10, 2013 @ 4:41 pm
betul tu masih lagi awal. tapi awal-awal lagi kelate dah kalah dengan ATM 🙂
January 14, 2013 @ 10:10 am
Keputusan terkini, streaming dan video highlight Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM 2013 di sepaktonjol.blogspot.com/