Mana Hilangnya Taring Harimau?
1. Sebelum sepak mula perlawanan piala AFF, rata-rata peminat bola sepak memang kecewa dengan persembahan pasukan Harimau Malaya hasil dari beberapa perlawanan persahabatan. Tiada sebarang kemenangan yang boleh dibanggakan dalam semua perlawanan persahabatan.
2. Acap kali juga Datuk K. Rajagobal mengatakan itu semua adalah eksperimentasi. Pengurusan pasukan juga kata tidak perlu risau, kerana perlawanan sebenar belum bermula.
3. Pengurusan Harimau Malaya juga sering mengeluarkan kenyataan yang memeningkan peminat bola sepak. Ranking bukan ukuran sebenar bagi mereka, keputusan perlawanan persahabatan juga tidak boleh di ambil kira. Pelik !?
4. Dalam sukan apa-apa pun, perlawanan persahabatan atau ujian akan menjadi kayu pengukur prestasi pasukan atau pemain. Dari situ jurulatih dapat menilai tahap sebenar pemain. Kalau perlawanan persahabatan atau ujian tidak dijadikan ukuran, apakah yang menjadi ukuran tahap pemain Malaysia?
5. Memang benar, kesalahan tidak harus diletakkan kepada jurulatih, keseluruhan pasukan harus bertanggungjawab. Tapi ketua jurulatih ada hak dan kuasa besar untuk memilih pemain yang terbaik di seluruh Malaysia. 2 tahun masa diberikan untuk pengurusan Harimau Malaya memperkuatkan pasukan. Sekali lagi, itulah pentingnya perlawanan persahabatan, perlawanan untuk menilai tahap sebenar pemain.
6. Peminat bola sepak Malaysia mengandaikan, semua pemain didalam pasukan Harimau Malaya adalah yang terbaik di Malaysia sekarang. Tapi kenapa masih lagi perlu melakukan ekperimentasi dalam setiap perlawanan persahabatan? bukankah lebih baik mengekalkan kesebelasan utama dalam setiap perlawanan ujian agar keserasian diantara mereka menjadi lebih baik.
7. Sejarah dahulu diceritakan kembali, ada yang kata 2 tahun lalu Malaysia juga kalah dalam semua perlawanan persahabatan dan perlawanan pembukaan. Akhirnya menjadi juara buat pertama kalinya.
8. Harus diingat juga, 2 tahun lalu tidak siapa menjangkakan Malaysia bakal menjadi juara dan tidak siapa pun memberikan harapan. Munkin juga 2 tahun lalu tidak ada pasukan pun yang menghantar ‘pengintip’ untuk melihat cara permainan Harimau Malaya. 2 tahu lalu juga, Safee Sali tidak dikenali, dia bebas bergerak, Safiq Rahim bebas membuat hantaran. Sekarang situasinya berbeza, pergerakan Safee terbatas, permainan Safiq juga sedikit merosot, corak dan taktikal Harimau Malaya telah dibaca oleh pasukan lawan.
9. Piala AFF masih belum tamat, masih ada peluang dan ruang yang boleh diperbaiki segera. Peminat bola sepak Malaysia juga masih lagi terus menyokong Harimau Malaya menang atau kalah. Peminat juga mengerti, pemain sudah melakukan yang terbaik. Tapi jika itu lah yang dikatakan ‘terbaik’, apa lagi yang boleh dikatakan.
10. Peminat bola sepak Malaysia juga tidak pernah lupa kejayaan yang telah dibawa oleh Datuk K. Rajagobal dan para pemain. Warna bola sepak Malaysia berubah selepas kejayaan itu. Pemain Harimau Malaya mula dikenali. Nama pemain mula meniti di bibir semua peminat dan juga bukan peminat bola sepak.
11. Jika peminat bola sepak Malaysia sendiri sudah boleh berubah dan setia menyokong pasukan Harimau Malaya. Pengurusan Harimau Malaya serta pemain juga perlu berubah. Kekalkan karisma sang juara. Jangan memusnahkan kepercayaan dan harapan yang telah diberikan oleh seluruh peminat bola sepak Malaysia.
November 27, 2012 @ 6:27 pm
emm..payah dan nak cakap sekarang. kita terima aje seadanya. huh..aku dah masuk tahap pasrah dan reda dah ni..
November 28, 2012 @ 1:57 pm
redha je lah bro. kita mengharapkan mereka akan melakukan yang terbaik
November 30, 2012 @ 5:12 pm
Tunggu malam esok…..penentuan hidup dan mati!!!!
December 4, 2012 @ 10:06 am
harimau sudah menang dengan Laos dan Indonesia. Giliran gajah pula untuk ditumbangkan
November 30, 2012 @ 10:25 pm
malam esok penentu segalanya..harap2 harimau kembali terus bertaring..!!
December 4, 2012 @ 10:07 am
taring harimau diharapkan tajam untuk menumbangkan sang gajah pula
December 2, 2012 @ 11:31 am
harimau dah mula keluarkan taring
harap2 tak pula cepat tumpul
December 4, 2012 @ 10:09 am
kena terus tajam untuk membaham gajah
December 3, 2012 @ 4:29 pm
Jangan main2 bro.. rimau dah tumbuh taring dah ni. heheheh
December 4, 2012 @ 10:09 am
taring yang telah lama diharapkan akhirnya tumbuh. jangan cepat patah sudah lah