Nazmi Faiz Akan Bermain Menentang FC Porto

July 17, 2012

in Bola Malaysia

Bintang muda bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz Mansor yang kini berada di Portugal akan bermain menentang FC Porto pada hujung bulan ini.

Dia yang kini bermain untuk SC Beira-Mar sedang menjalani latihan pra musim bersama kelab tersebut di Aveiro, telah mendapat perhatian pengurus kelab, Ulisses Morais.

Menurut pengurus Nazmi, Marco Guimaraes, dia akan ke Aveiro untuk mendapatkan penjelasan labih lanjut mengenai perkara ini. Apa yang pasti, memang kelab akan memberikannya peluang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut.

nazmi faiz, sc beira mar

Nazmi hanya boleh menandatangani kontrak sebagai pemain profesional jika dia sudah berumur 18 tahun. Tanggal 18 Ogos ini nanti baru dia boleh menjadi pemain profesional kelab tersebut.

Perlawanan pertama SC Beira Mar musim ini akan berlangsung pada 19 Ogos menentang Academica de Coimbra.

Kita boleh melihat kelibat anak Malaysia dalam perlawanan itu, jika Nazmi mampu untuk mempamerkan aksi terbaik semasa latihan pra-musim Beira Mar ini.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: