Nazmi Faiz Bermain Untuk SC Beira-Mar

May 22, 2012

in Bola Malaysia

Nazmi Faiz Mansor
Perkhabaran gembira dari Portugal, apabila pemain muda negara yang berbakat, Nazmi Faiz Mansor telah berjaya menambat hati pengurusan kelab SC Beira-Mar.

Nazmi telah menandatangani kotrak bersama kelab tersebut untuk tempoh 3 musim yang akan tamat pada Jun 2015.

Nazmi Faiz telah berlepas ke Portugal minggu lalu untuk menjalani sesi pemilihan pemain kelab SC Beira-Mar bersama dengan agennya Marco.

Menurut Nazmi Faiz, bermain di eropah adalah impiannya sejak dahulu lagi. Ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Layanan yang diberikan berada di kelab tersebut sangat baik.

Sebelum ini Nazmi Faiz memberitahu hanya menghadapi masalah bahasa. Ini kerana, kebanyakkan pemain dan pegawai kelab hanya menggunakan bahasa Portugal dan kurang fasih berbahasa Inggeris.

Semasa sesi latihan, corak permainan Nazmi Faiz telah menambah hati jurulatih pasukan utama, Ulisses Morais dan juga kapten Hugo Vieira.

Nazmi hanya akan beraksi dengan pasukan utama SC Beira-Mar pada Ogos nanti setelah dia berusia 18tahun. Kini dia sedang bersama skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk perlawanan persahabatan dengan kelab Hungary dan Slovakia.

Sumber : espnstar.my

{ 6 comments… read them below or add one }

titan May 22, 2012 at 1:41 pm

ini satu berita yang paling kacak aku dengar hari ini..
titan recently posted..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012My Profile

Reply

Admin May 24, 2012 at 11:12 am

semua berita bagi ko kacak sahaja..

Reply

zool May 22, 2012 at 4:38 pm

Memang cabaran utama Nazmi dari segi bahasa , cuaca dan persekitaran. dari skill tak byk beza.. harap beliau mampu tempoh semua tu..
zool recently posted..Nazmi Faiz tandatangani kontrak dengan Beira MarMy Profile

Reply

Admin May 24, 2012 at 11:13 am

harapannya dia berjaya, dapat membuka peluang lebih ramai pemain malaysia bermain di luar

Reply

khalid May 23, 2012 at 5:20 pm

nazmi oleh berjaya klu dia fokus kt bola jer.klu dia bole avoid pasal awek,homesick & cultural shock tak de sbb dia bole fail.2nd dia kena kerja kuat & tajamkan skill.3rd dpt main jer jgn la plak malu2 nk bt apa yg dia ada.klu bole mau bt try shoot cam vs bahrain bila ada chance tapi mau accurate la.jgn carik goal post rugby plak.

Reply

Admin May 24, 2012 at 11:15 am

dia akan berjaya jika ada pembimbing yang betul. masa depan dia dalam bola sepak sangat cerah. semoga dia menjadi pembuka jalan kepada lebih ramai lagi pemain malaysia bermain di liga yang lebih tinggi dari liga super malaysia

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: