Penglibatan Kerabat Diraja Dalam Pasukan Selangor

Telah tersebar di media sosial khabar angin tentang kemungkinan penglibatan kerabat Diraja Selangor dalam pasukan bola sepak Selangor.
Individu yang dikaitkan ialah Tengku Haji Shakirinal’ Amin Shah, anakanda kepada Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Tengku Shakirinal atau nama panggilannya Tengku Nana hadir di satu perlawanan persahabatan melibatkan bekas pemain-pemain Selangor di padang SUK ahad lepas.
Jika berita ini benar, Selangor akan menjadi pasukan ketiga dalam Liga Malaysia yang melibatkan kerabat Diraja, selepas Johor dan Pahang.
Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju.
Pihak yang bersetuju merasakan ini lah masanya untuk Selangor melakukan transformasi. Menjadi sebuah pasukan yang diuruskan dengan lebih baik dan profesional bila mana tapuk kempimpinan tidak lagi dipegang oleh orang politik.
Yang bersetuju juga mengharapkan akan ada suntikan dana yang lebih besar untuk skuad Gergasi Merah.

Ada juga yang setuju, tetapi penglibatan pihak Istana itu tidak terlampau menonjol, cukup hanya dibelakang tabir.
Ini pula antara komen terbaik di facebook page UltraSel Curva yang tidak bersetuju penglibatan pihak Istana dalam bola sepak Selangor. Bila difikirkan, ada benarnya juga komen ini.
Sekadar pendapat peribadi….pada pandangan aku, kaum kerabat tak sepatutnye menguasai persatuan bolasepak…kerana golongan ini terlalu kuat pengaruhnya sehinggakan golongan ini seakan ‘kebal’ dari pelbagai sudut…cth nya, kritikan…dakwaan dan sebagainya…tengok sahaja apa yg trjadi pada FAM dan PBNJ…semua pasti sudah maklum dgn FAM dimana kegagalan 30 tahun diterajui oleh org yg sama dan tiada yg berani bersuara(sehingga kewujudan Ultras Malaya dan gerakan PFSLJ)..PBNJ pula telah menimbulkan pelbagai kontroversi setelah diambil alih oleh seorang kerabat..namun,tiada tindakan yg betul2 tegas dari FAM seolah-olah hanya kesalahan kecil yg telah dilakukan…Jadi,pendapat saya,tak salah jika kerabat ni terlibat dalam bolasepak (terutamanya Selangor),tetapi hanyalah sebagai pendukung or support persatuan…bukan penaung/pemilik….
ps: sekadar pendapat…peace, no war….
– Saiful Rizal
Adakah spekulasi ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu makluman rasmi dari pihak FAS dan pihak Istana Selangor.
Biar siapa pun yang menerajui FAS, tugas utama mereka ialah mengembalikan semula era kegemilangan The Red Giant. Sebuah pasukan yang penuh dengan tradisi kejuaraan.
Merah Kuning Keberanian Merempuh Segala Halangan,
Sekali Melangkah Buktikan Kemampuan
Selangor Darul Ehsan
Selangor Darul Ehsan
Apa pendapat anda tentang perkara ini, kongsikan di ruangan komen.
Sumber : suarasukan1mas.blogspot.com , fb.com/UltraSelCurva
May 10, 2014 @ 10:29 am
Terlibat sekali jadi pemain?
May 14, 2014 @ 4:27 pm
tidak.mungkin terlibat dalam pengurusan
May 10, 2014 @ 3:35 pm
Jujurnya..aku tak berapa suka.
May 14, 2014 @ 4:28 pm
aku pun macam tak suka. tapi kalau nak duduk di belakang tabir, itu aku tak kisah
May 10, 2014 @ 3:36 pm
Ada baik Ada buruknya, Jika lebih membawa kebaikan kepada pasukan kenapa TIDAK ?
May 14, 2014 @ 4:30 pm
tak perlu orang istana untuk merubah FAS. tapi orang dalam FAS sendiri perlu berubah. pengurusan lebih profesional
June 3, 2014 @ 10:31 am
Selalu terfikir.. Kenapa kerabat istana suka kuasai bola sepak kat Malaysia?
June 3, 2014 @ 12:16 pm
Tidak ramai pun kerabat istana dalam bola sepak Malaysia. Dalam sukan lain pun ada juga penglibatan kerabat Diraja, cuma sukan tu tidak se-popular bola sepak
February 5, 2015 @ 5:17 pm
pengulas sukan tv 9 pertandingan bola sepak antara JDT dan Bengaluru amat mengecewakan.