Penjelasan Berkaitan Feeder Club Di Dalam Liga Malaysia 2018 Oleh Kevin Ramalingam
CEO FMLLP, Kevin Ramalingam melalui satu video yang diterbitkan di laman facebook mereka telah menjelaskan isu berkaitan feeder club atau development club yang selama ini menjadi persoalan ramai peminat bola sepak Malaysia.
Untuk rekod, ‘feeder club’ atau `development club’ di Malaysia pertama kali di wujudkan atau ‘diperkenalkan’ oleh pasukan JDT pada musim 2017. JDT II telah dijadikan feeder club kepada JDT. Pada musim 2018 sebuah lagi ‘feeder club’ telah di wujudkan iaitu Terengganu FC II.
Berdasarkan video FMLLP tersebut, istilah Feeder atau Development tidak menjadi isu. Asasnya sebuah pasukan itu (feed/dev) akan menyokong satu lagi pasukan utama. Menurut Kevin penggunaan istilah tidak menjadi persoalan.