Penswastaan Liga-M 2015 Ditangguh Hingga 2016

Pada bulan Ogos 2013, FAM telah mengumumkan akan merombak Liga-M supaya menjadi lebih profesional. Liga-M pada tahun 2015 dijangka akan diswastakan, ini bermakna segala urusan pentadbiran Liga-M bukan lagi dibawah tanggungjawab FAM.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, dipertanggungjawab menyediakan kertas konsep penswastaan Liga-M, beliau akan meneliti model terbaik liga di Asia dan negara Eropah sebagai rujukan dalam tempoh penyediaan kertas kerja tersebut. Ianya dijangka siap pada Jun 2014.
Berita penuh di FAM Rombak Liga-M 2015
Pengumuman terbaru oleh Presiden FAM, penswastaan Liga-M 2015 ditangguhkan hingga 2016.
Ramai peminat bola sepak Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman ini. Mereka sudah menjangkakan ini yang akan berlaku. Kerana apa? Tiada sebarang usaha atau pengumuman dari FAM mengenai langkah-langkah menswastakan Liga-M 2015. Kertas kerja yang dijangka siap Jun 2014 juga tidak dibentangkan.
Saudara Zack Rahim (bekas pengurus Safee Sali) juga tidak terkejut dengan penangguhan ini. Katanya, banyak lagi kerja yang FAM perlu buat. Yang paling utama ialah melantik organisasi yang akan menguruskan Liga-M itu nanti.
Selepas perlatikan organisasi itu, FAM tidak boleh campur tangan lagi dalam urusan Liga-M.
Untuk melaksanakan penswataan Liga, pertama sekali FAM perlu kenalpasti dan umumkan organisasi yg bakal menerajui atau melangsungkan Liga ini. Syarikat ini akan bertanggungjawab memastikan semua pasukan bertanding mempunyai lesen utk menyertai pertandingan dan syarat2 lesen ditentukan oleh pihak tertentu. FAM tak boleh masuk campur hal ehwal pertandingan kecuali teknikal seperti disiplin dan pengadilan. Kalau boleh, pengadilan juga patut diswastakan dgn pengadil professional (byk kali dah sebut perkara ni).
– Zack Rahim
Menurut Zack lagi, setiap pasukan yang akan menyertai Liga-M yang baru ini nanti perlu lah bersatus kelab (FC) dan bukan lagi negeri (FA). Ini akan menjadikan liga itu nanti benar-benar profesional.
Setelah pasukan ditetapkan dan liga mana mrk akan bersaing, pasukan2 ini wajib berentitikan KELAB (FC) bukan negeri (FA). Untuk mengajurkan sesuatu liga professional, akan memerlukan modal yg sgt besar utk. Maka, penganjur boleh berkongsi modal penganjuran dgn semua pasukan diberikan saham bg perlaksanaan liga. Sbg pemegang saham, kelab2 layak berkongsi keuntungan hasil dari penajaan liga, tv rights, merchandising liga, tiket dan apa shj pendapatan yg diperolehi selain wang kemenangan dan penajaan pasukan. Dgn cara begini, kelab2 dpt menjana sumber kewangan mereka bersama penganjur dan peminat bolasepak Msia akan dpt melihat urusan jual beli pemain yang benar2 professional. Ini juga dpt menghapuskan sistem geran atau subsidi kpd pasukan.
– Zack Rahim
Banyak lagi yang perlu dilaksanakan oleh FAM sebenarnya. Banyak juga halangan yang mungkin terpaksa ditempuh oleh FAM untuk menjadikan liga kita benar-benar profesional.
Tapi, selagi liga kita tidak berubah, selagi itu lah juga bola sepak Malaysia tidak akan kemana-mana.
Liga yang berkualiti dan baik, akan menghasilkan pemain yang berkualiti dan baik, seterusnya menjadi aset terbaik untuk Harimau Malaya.
* * *
Bila lah agaknya kita nak berhenti menyokong pasukan negeri dalam Liga-M. Semangat kenegerian yang tinggi boleh mencetuskan pergaduhan, menggugat perpaduan.
* * *
Baca kenyataan penuh dari Zack Rahim
//Picture : http://malaysiagazette.com/