Penyerang Import Sekat Peluang Penyerang Tempatan?

Kebanyakkan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim 2014 ini menggunakan penyerang import. Manakala penyerang tempatan kebanyakkannya akan duduk di bangku simpanan ataupun bermain di posisi lain.
Kenapa berlaku?
Sudah tentulah setiap pasukan mahukan pulangan untuk setiap pelaburan yang sudah dikeluarkan.
Tujuan beli penyerang import, dibayar untuk menjaringkan gol. Kalau tidak boleh jaringkan gol, baik lupakan.
Penyerang negara kita, Norshahrul Idlan Talha dan Safee Sali dalam JDT, jarang ada dalam kesebelasan utama, berbanding penyerang import dari Argentina, Figueroa.
Kasut emas untuk Liga Super 2014 milik Paulo Rangel (selangor) dengan 16 gol. Kasut emas Liga Perdana 2014 milik Edward Junior Wilson (Felda United).
Kesannya kepada Harimau Malaya?
Kita kekurangan seorang penggempur yang hebat dan gah. Jika kualiti penyerang yang kita ada dalam Liga Malaysia kurang baik, ianya boleh menjejaskan prestasi Harimau Malaya.
Seorang penyerang kebangsaan hanya duduk di bangku simpanan? Pelik..
Siapa yang nak dipersalahkan?
Pasukan dalam Liga Malaysia atau pemain itu sendiri?
Pemain, jika kerap diberi peluang prestasi mereka boleh meningkat. Setiap perlawanan akan membina kualiti permainan pemain tersebut.
Ada juga pemain yang sudah diberi peluang, tapi gagal menunjukkan prestasi yang terbaik. Sudahnya, pasukan terpaksa menggunakan khidmat penyerang import.
Sesuatu harus dilakukan segera untuk mengembalikan penyerang-penyerang tempatan yang berkualiti. Samaada ingin membuat peraturan yang baru atau pemain itu sendiri harus merebut peluang.
Tahniah diucapkan kepada Dollah Salleh yang telah dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya yang baharu. Piala Suzuki AFF adalah cabaran terdekat untuk Dollah Salleh pada Disember nanti.
Adakah kita akan lihat muka-muka baru dalam Harimau Malaya, atau dia akan mengekalkan pemain-pemain ‘regular’ yang ada sebelum ini.
Dengan kualiti penyerang tempatan kita yang menurun, mungkin Dollah akan ada masalah memilih penyerang yang benar-benar layak untuk menyarung jersi kebangsaan.
Pilih lah pemain berdasarkan kualiti dan persembahan semasa mereka dan bukannya kualiti mereka di masa lalu.
* * *
Demam Piala Dunia belum lagi kebah. Tapi janganlah kita lupakan Liga Malaysia. Kalau kita tidak menyokong liga tempatan, jangan bermimpilah untuk melihat Malaysia bermain di Piala Dunia satu hari nanti.