Penyokong Malaysia ‘Dipaksa’ Beli Tiket Grandstand Dan Dilarang Masuk Ke Singapura

Bagi yang menonton perlawanan Malaysia dan Myanmar pasti sedar, kenapa hanya nampak penyokong Myanmar di Stadium Jalan Besar itu, mana penyokong Malaysia?
Untuk makluman, bukan penyokong Malaysia tidak ada semasa perlawanan itu. Tapi disebabkan ‘layanan berbeza dan terbaik’ oleh tuan rumah (FA Singapore), penyokong Malaysia hanya dibenarkan untuk membeli tiket di Grandstand. Tempat duduk terbuka hanya dikhaskan untuk penyokong Myanmar.
Mengikut maklumat di sportshub.com.sg tempat duduk Grandstand dikhaskan untuk tuan rumah (home) manakala tempat duduk terbuka untuk pelawat (away).

2 dari 3 perlawanan yang berlansung di Stadium Jalan Besar, Malaysia bermain sebagai tuan rumah. Ini bermakna, 2 perlawanan penyokong Malaysia perlu membeli tiket Granstand.
Berapa harga tiket Granstand? 1 tiket granstand berharga SGD26 (RM67) !. Harga tempat duduk terbuka pula ialah SGD18 (RM46)
Tidak dapat dipastikan, apakah cara menetapkan sebuah pasukan itu sbagai home atau away. Kenapa tidak ditetapkan setiap pasukan perlu menjadi home secara bergilir?

Menurut maklumat dari facebook page UltraSel Curva (Ultras Selangor) terdapat penyokong Harimau Malaya yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura atas alasan dan sebab yang tidak diketahui. Bukan sedikit, tapi ramai. Dan kebanyakkan mereka sudah mempunyai tiket.
Apa jadi ni?
Walaupun Indonesia juga adalah seteru utama Malaysia, tapi layanan yang diberikan mereka semasa menjadi tuan rumah tidak seteruk ini. Mereka masih lagi membenarkan penyokong Harimau Malaya masuk ke Indonesia. Dan lagi ‘istimewa’ pemain Malaysia pernah disediakan kereta perisai untuk dibawa ke Stadium Gelora Bung Karno.
FAM kena pandang perkara ini serius, tiket yang terhad dan larangan masuk ke Singapura. Layanan yang sangat berbeza oleh tuan rumah Singapura.
Selama ini kita di Malaysia tidak pernah memberikan layanan yang berbeza dalam apa juga pengajuran sukan kepada mana-mana negara.
Begitu juga dengan penyertaan Lions XII dalam Liga Super, banyak kelonggaran yang telah diberikan.
Apa respon FAM? kita tunggu, itu pun kalau mereka nak ambil tahu..
//Sumber : sportshub.com.sg , UltraSel Curva
November 24, 2014 @ 9:19 pm
entah la.
tak faham benar aku kali ni..
November 30, 2014 @ 10:49 pm
akhirnya ‘balasan’ telah diterima oleh mereka
November 25, 2014 @ 1:26 pm
Tempoh hari rakan sekerja merungut terpaksa beli tiket yang lebih mahal. 🙁
November 30, 2014 @ 10:50 pm
nanti 7 disember boleh lah datang stadium. tak perlu nak ke singapura lagi
January 12, 2015 @ 6:18 pm
Mudah-mudahan ke depannya akan diperbaiki oleh negara manapun.