Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 Yang Hebat
1. Perlawanan akhir yang menemukan Juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Juara Liga Super, Kelantan. Kedua-dua pasukan adalah dari satu kumpulan yang sama semasa perlawanan di peringkat kumpulan.
2. Bojan Hodak berjaya memimpin kelantan memenangi kejuaran treble musim ini, Piala FA, Liga Super dan kini Piala Malaysia.
3. Ketiadaan Ghadar memberi peluang kepada penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talha untuk menjadi pemain terbaik perlawanan. Dikhabarkan, Ghadar telah pulang awal ke Lubnan selepas dia tidak berpeluang untuk bermain dalam perlawanan akhir, kerana telah mengutip 2 kad kuning.
4. Indra Putra menjadi pemusnah kepada impian ATM untuk menjulang Piala Malaysia. Gerakan satu dua bersama Badri Radzi yang cantik berjaya menghasilkan gol kemenangan di masa tambahan. Rasanya itu adalah jaringan tercantik dalam Liga Malaysia musim ini.
5. ATM memang terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Mereka membuktikan dengan mengejar semula jaringan setelah 2 kali ketinggalan dengan Kelantan. Semangat tidak putus asa ATM menentang Lions XII di peringkat separuh akhir adalah yang paling hebat pernah disaksikan.
6. Ini adalah perlawanan akhir pertama Farizal Harun, walaupun sebelum ini pernah memenangi Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan. Kegugupannya terserlah apabila melepaskan gol mudah tendangan Norshahrul Idlan Talha. Berdasarkan gol yang dilepaskan, kita faham lah kenapa dia tidak menjadi pilihan utama dalam pasukan Negeri Sembilan dahulu.
7. Khabarnya warga ATM yang datang ke Stadiun Shah Alam dengan memakai seluar track darat dapat tiket free. Tidak pasti betul ke tak
8. Buat pertama kalinya LED Board digunakan di dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia musim ini untuk memaparkan iklan dari penaja-penaja. Multimedia grafik juga pertama kali dilihat dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Astro sebagai penaja rasmi Liga Malaysia cuba menjadikan perlawanan akhir itu seperti siaran bola sepak liga eropah.
9. Selepas Marlon menjaringkan gol penyamaan untuk ATM dia berlari keluar padang dan mengambil anak patung. Simbolik untuk anaknya yang baru lahir.
10. Jurulatih ATM, B. Sathianathan terlampau emosi ketika ditemubual oleh Astro Arena sejurus selepas perlawanan, dengan mengatakan pemain Kelantan ‘lembik’ ketika separuh masa kedua masa tambahan, kerana kerap jatuh. Untuk makluman, B. Sathianathan adalah bekas jurulatih Kelantan yang membawa Kelantan memenangi Piala Malaysia yang pertama pada tahn 2010.
11. Venice Elpji Danny Kaya telah dinaikkan pangkat sebagai Sarjan sehari sebelum perlawanan akhir bermula. Dalam perlawanan akhir itu, banyak peluang yang dia perolehi cuma kurangnya penyudah yang baik. ATM layak ke final setelah 46 tahun menunggu.
12. Stadium Shah Alam menjadi mini Kota Bharu. Semua anak Kelantan yang berada di lembah klang telah hadir ke Stadium Shah Alam untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka yang datang terus dari Kelantan. Menurut laporan Astro Arena, hampir 70% penonton di stadium Shah Alam adalah penyokong Kelantan. Khabarnya dikir barat pun ada.
13. Jika Rizal Zambry Yahya berjaya menjaringkan gol ketika separuh masa kedua dalam masa tambahan, yang ketika itu seorang pemain Kelantan sedang terbaring, dia munkin akan dilabel tidak mempunyai semangat kesukanan, tidak fair-play. Tindakan sengaja jatuh dan berpura-pura sakit, melengah-lengahkan perlawanan juga tidak ada semangat kesukanan.
14. Hairudin Omar kecewa dengan persembahan pasukanya, terutama di bahagian pertahanan. Menurutnya bahagian pertahanan melepaskan gol-gol mudah dan seperti tidak menghargai usaha bahagian serangan.
15. Satu bintang lagi sudah boleh diletakkan di atas logo Kelantan FA.
Gambar : utusan.my
October 23, 2012 @ 1:30 am
tahniah kepada kelantan dan atm
dua2nya sama hebat
October 31, 2012 @ 6:55 pm
hanya yang benar-benar hebat menjadi juara malam tu
October 23, 2012 @ 9:17 pm
ya sememangnya dua pasukan yang handal bertarung dalam akhir
October 31, 2012 @ 6:56 pm
yang terbaik dan kurang melakukan kesilapan yang menjadi juara
October 23, 2012 @ 9:30 pm
tahniah buat kelantan, akan tetapi sebenarnya saya mengharapkan penalti disaat akhir, tetapi its ok
October 31, 2012 @ 6:57 pm
penalti tu 90% bergantung kepada nasib. tak best..
October 23, 2012 @ 11:25 pm
Nak ATM menang tp x kesampaian
October 31, 2012 @ 6:58 pm
tapi penyokong ATM yang datang stadium tak ramai. mereka kurang sokongan
October 24, 2012 @ 12:42 am
tahniah kelantan, 3 kali menang memang satu pencapaian yang membanggahkan
October 31, 2012 @ 7:02 pm
kelantan baru menang 2 kali piala malaysia. tapi menang 3 kejuaraan musim ini, piala malaysia, juara liga super dan juara piala FA
October 24, 2012 @ 2:50 am
Point no 14 aku setuju sgt2….
October 31, 2012 @ 7:03 pm
memang nampak sangat kekurangan bahagian pertahanan ATM tu
October 25, 2012 @ 3:22 pm
tahniah buat pasukan Kelantan..menjuarai piala Malaysia yang ke3…
October 31, 2012 @ 7:11 pm
piala malaysia yang ke-2 bukan yang ke-3
October 28, 2012 @ 12:06 am
norshahrul tu..memang pandai berlakon. hehe..
October 31, 2012 @ 7:14 pm
berlakon dalam bola sepak terlalu subjektif
October 29, 2012 @ 4:48 pm
tak sempat tengok final… bila lihat re-run memang game lain macam.. tahniah Kelantan dan buat ATM satu lagi langkah kemajuan bagi kelab di persada bola tanahair…
October 31, 2012 @ 7:15 pm
rugi bro tak tengok. memang game hebat