Perlawanan Yang Akan Di Lalui Selangor Dalam AFC Cup 2016

Pada Disember 2015 undian kumpulan AFC Cup 2016 telah meletakkan Selangor di dalam kumpulan E bersama-sama dengan Tampines Rovers (Singapura), Ceres La Salle FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh).
Tampines Rovers terlibat dalam saingan playoff AFC Champions League (AFC CL). Jika mereka layak ke peringkat kumpulan AFC CL, tempat mereka akan digantikan dengan Warriors FC.
Bagi Selangor, ini adalah penampilan ke-5 mereka dalam saingan AFC Cup. Kali terakhir mereka beraksi di AFC Cup ialah pada tahun 2014.
Pencapaian terbaik Selangor dalam AFC Cup ialah di peringkat suku akhir pada musim 2005-06.

Perlawanan pertama Selangor, mereka akan menentang Tampines Rovers/Warriors FC pada 8 Mac. Seterusnya pada perlawanan kedua pada 26 April mereka akan bertemu Ceres dan perlawanan terakhir pada 12 April mereka akan menentang Sheikh Jamal Dhanmondi Club.
Satu lagi wakil Malaysia dalam saingan AFC Cup 2016 ini ialah Johor Darul Takzim (JDT). JDT telah diletakkan di dalam kumpulan H bersama-sama dengan Bengaluru FC (India), Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar).
Oleh kerana JDT turut bersaing dalam saingan playoff AFC CL dan jika mereka layak ke peringkat kumpulan, slot mereka di AFC Cup akan diberikan kepada Pahang.
Persiapan Selangor musim ini dilihat agak hambar. Walaupun mereka sedar akan bersaing di peringkat Asean. Perlawana pra-musim Selangor hanya membabitkan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia. Berbeza dengan JDT yang melakukan persiapan cukup baik untuk mengharungi cabaran musim 2016.
Semoga Selangor dapat memberikan yang terbaik dalam cabaran kali ini.
//Sumber : en.wikipedia.org , espnfc.com , the-afc.com , faselangor.my