Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)

Persatuan ini sebenarnya telah lama wujud di Malaysia. Tujuan persatuan ini ditubuhakn sudah pasti untuk menjadi pembela dan payung kepada semua pemain bola sepak Malaysia.
Pada Jun 2013, Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden baru persatuan ini. Selain Hairuddin, turut terbabit dengan PFAM ialah dua lagi pemain ATM, Reezal Zambry yahya dan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan.
Reezal adalah Timbalan Presiden PFAM, manakala Shukor adalah exco persatuan itu, bersama dengan tiga lagi pemain, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (Johor D-T) dan P Gunalan (PKNS Selangor).
Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Hairuddin meluahkan, ramai lagi sebenarnya pemain-pemain bola sepak Malaysia yang tidak menjadi ahli persatuan ini.
Kebanyakkan ahlinya yang sedia ada sekarang pula, hanyalah di kalangan pemain-pemain kebangsaan.
Apa pentingnya ber-persatuan ini?
Sebenarnya, banyak fungsi persatuan. Pemain-pemain yang sudah menjadi ahli boleh menjadikan persatuan sebagai tempat rujukan jika terdapat sebarang masalah yang melibatkan kerjaya mereka ini.
Contohnya, jika terdapat keraguan soal kontrak pemain, pemain boleh merujuk kepada persatuan untuk mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai pemain.
Menurut laman facebook Hairuddin Omar (Official fan page) , PFAM telah didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Langkah seterus menurut Hairuddin ialah ingin memohon menjadi ahli gabungan FAM.
Bila sudah sah menjadi ahli gabungan, maka pemain bola sepak Malaysia akan secara automatiknya akan ada ‘suara’ di dalam mesyuarat FAM.
Ketika ini, FAM hanya mempunyai 20 badan gabungan. Wakil dari 20 badan gabungan ini juga lah yang menentukan barisan kempimpina FAM setiap 4 tahun. Baca lanjut di Presiden FAM Ditentukan Oleh 39 Orang Sahaja !
PFAM perlu menambahkan bilangan ahlinya. Ini penting supaya nasib pemain bola sepak profesional Malaysia akan lebih terbela.
Persatuan ini juga perlu bergerak lebih aktif. Membuat promosi tentang kewujudan persatuan ini supaya ramai pemain yang sedar kepentingan sebuah persatuan yang boleh membela dan menjaga hak-hak pemain.
Jika adavpihak PFAM yang membaca blog ini dan ingin menjadikan Bola Daily sebagai medium menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti PFAM, kami amat berbesar hati.
August 12, 2014 @ 1:40 am
Usaha yg bagus at least players ada tempat utk dirujuk kalau ada apa2 masalah berkaitan kerjaya diorang
August 12, 2014 @ 12:51 pm
persatuan ini dah lama wujud, cuma kurang sambutan di kalangan pemain sendiri.
August 13, 2014 @ 9:45 pm
kurang promosi nih.
kena rajin buat promosi la jawabnya dulu.
August 14, 2014 @ 11:57 am
persatuan ni kena ada orang yang sepenuh masa menguruskannya. kena ada anggota kerja yang tetap, baru boleh berjalan lancar
November 4, 2014 @ 3:10 pm
Semoga betul-betul bisa menjadi wadah untuk seluruh pemain.
November 15, 2014 @ 8:12 am
Saya berpendapat sekiranya PFAM ingin nenjadi satubpersatuan yang efektif sebagaibwadah yang b dapat menjaga kepentingan ahli-ahlinya & yf belum menjadi ahli, PFAM pwrku mempunyai Penasihat Undand-Undang @in house lawyernya sendiri. Sehubungan dengan itu saya meminta persatuan mempertimbsngkan cadangsn tawaran saya untuk menjadi Penasihat Undang-Undang PFAM tertakluk kepada perbincangan antsravssya dan pihak Tuan. Untuk maklumat Persatuan saya adalah aeorang Pegusmbela & Peguamcara yang telah beramal selama 27:tahun. Pada masa ini saya juga adalah pensihat kpg NGO Kelab Pewaris Kerajaan Ba risal Nasional Malaysia. Saya sedia untuk berbincang dengan puhak Persatuan hika Persatuan merasakan wajar untuk dipertimbangkan cafangan tawsran saya ini. Sekian terima kasih.
November 18, 2014 @ 11:02 pm
satu cadangan yang baik dari tuan. boleh terus berhubung dengan pihak PFAM
November 25, 2014 @ 10:14 am
keep it up!saudara hai-o selaku president PFAM dan rakan2 seperjuangan.satu usaha yg tepat pd masanya,apabila bolasepak msia sdg/mahu ke arah yg lbh profesional dlm erti kata yg sebenar.SYABAS!
November 30, 2014 @ 10:50 pm
terima kasih meninggalkan komen disini