Peter Butler : Berminat Dengan Selangor

Dalam berita The Malay Mail baru-baru ini, Peter Butler, bekas jurulatih kelantan, ditanya jika ingin kembali ke Liga Malaysia, pasukan mana yang dia berminat untuk menjadi jurulatih. Jawapanya Selangor.
Selepas meninggalkan kelantan diawal musim ini, Butler berhijrah ke Indonesia dan menjadi jurulatih pasukan Persiba Balikpapan.
Katanya lagi, semasa kali pertama datang ke Malaysia, pegawai FAM pertama yang menemuinya ialah setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Hamidin Amin.
Tambahnya, kenyataanya itu tidak bermaksud dia tidak menghormati jurulatih Selangor sekarang, Irfan Bakti. Katanya, itu jika ada peluang.
Butler menganggap Selangor sebagai seekor raksasa yang sedang tidur. Ianya perlu dibangkitkan jika mahu menjadi pasukan yang terbaik dalam Liga Malaysia. Ramai pemain yang berbakat di dalam pasukan Selangor