Peter Butler Tidak Menolak Untuk Kembali ke Liga Malaysia

Bekas jurulatih Kelantan, yang ditamatkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Peter Butler menyatakan kesediaannya untuk kembali dalam kancah bola sepak Malaysia jika menerima sebarang tawaran.
Butler menganggap keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan pertikaian antara dirinya dengan KAFA. Perbalahan antaranya dengan pengurusan kelab ialah berkaitan dengan pemilihan pemain import. Dia tidak dibenarkan memilih pemain pilihannya sendiri.
Butler turut menegaskan sekali lagi bahawa kontraknya bersama KAFA ditamatkan secara baik dan menafikan dia dipecat oleh bekas majikannya seperti yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini.
Ditanya jika ada tawaran menarik untuk kembali menjadi jurulatih liga bola sepak Malaysia, jurulatih berusia 46 tahun ini, memberi jawapan positif dan sedia menimbangkannya.
Butler kini sedang menabur khidmatnya buat sementara mengendalikan sebuah kelab bola sepak di Balik Papan, Indonesia.
Semasa Peter Butler membimbing Kelantan, pasukan itu meraih naib juara Piala Sumbangsih dan daripada 8 perlawanan Liga Super, Kelantan berjaya menang 5 daripadanya.
Cakap-cakap bola : Ada lagi mana-mana kelab dalam Malaysia nak ambil dia?