Piala Dunia 1974 : Percubaan Pertama Harimau Malaya Gagal

Pusingan kelayakan Piala Dunia 1974 adalah kempen pertama yang disertai Malaysia dalam usaha untuk bermain di pentas Piala Dunia. Kemungkinan menjadikan Piala Dunia 1974 sebagai misi pertama adalah kerana Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat.
Hanya 3 pasukan asia yang layak ke Sukan Olimpik 1972. Selain Malaysia, turut serta ialah Burma dan Iran. Boleh dikatakan pada ketika itu, Harimau Malaya adalah jaguh Asia.
Kesemua wakil Asia dalam kempun Sukan Olimpik 1972 itu balik awal.
Pusingan kelayakan Piala Dunia 1974 turut disertai oleh beberapa negara Asia lain buat pertama kalinya. Antara yang baru pertama kali ‘masuk gelanggang’ ialah Hong Kong, Iran, Iraq, Kuwait, Thailand dan Vietnam Selatan.
Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan China adalah negara Asia lain yang sudah menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia terlebih awal.
Percaturan di atas kertas, Malaysia sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam kempen kelayakan Piala Dunia Zon Asia ini. Memegang status wakil asia di Sukan Olimpik, sepatutnya kempen ini akan berjalan dengan mudah buat Harimau Malaya.
Tetapi pada waktu dan ketika itu, pembahagian slot untuk ke Piala Dunia adalah tidak seimbang. Hanya satu slot yang diperuntukkan untuk setiap benua Amerika Utara, Afrika dan Asia. Lebih malang, slot Asia itu pula terpaksa direbut bersama Ocenia (negara-negara kepulauan)
Maka kempen kelayakan Piala Dunia 1974 menyaksikan 18 pasukan dari Asia dan Australia, bermati-matian untuk merebut slot tunggal ke Piala Dunia.
* * *
Malaysia berada dalam kumpulan 2 bersama dengan Israel, Korea Selatan dan Thailand. Ye betul, Israel pernah bermain bersama dengan Malaysia pada ketika itu kerana mereka berada di bawah Konfederasi ola Sepak Asia.
Malaysia kalah kepada Israel dalam perlawan pembukaan 0-3. seri 0-0 dengan Korea Selatan dan menang ke atas Thailand 2-0.
* * *

Australia menjadi wakil tunggal Asia/Ocenia ke Piala Dunia 1974. Hanya 15 negara yang bertanding untuk Piala Dunia 1974. Jerman Barat muncul juara Piala Dunia 1974 dengan menewaskan Belanda 2-1.
* * *
Penyertaan sulung Malaysia dalam kempen kelayakan ini tidak meninggalkan kenangan manis. Ini hanyalah permulaan kepada beberapa lagi episod kegagalan dalam kempen kelayakan Piala Dunia
Jika slot Asia diberikan lebih adil, mungkin kita akan dapat melihat pemain kita seperti Mokhtar Dahari, R Arumugam, Namat Abdullah, Mohammed Chandran, Mohammed Bakar, Wan Zawawi dan Soh Chin Aun beraksi di pentas Piala Dunia.
//Sumber : Cerita Malaysia Tidak Layak Ke Piala Dunia, Lucius Maximus.
October 2, 2014 @ 8:00 pm
aku ada beli buku tu.
memang sedih gak la bila tahu macam-macam.
October 7, 2014 @ 3:38 pm
yang lebih sedih sebenarnya, banyak sangat tindakan ‘bijak’ FAM sejak dari dulu lagi.
October 7, 2014 @ 5:46 pm
itulah itu.
sakit hati gak bila tahu.
November 4, 2014 @ 2:46 pm
Sepakbola eropa memang masih yang berkuasa atas kualitas mereka.