Presiden FAM Ditentukan Oleh 39 Orang Sahaja !
Kongres FAM akan berlansung pada hujung minggu ini 25 May 2014. Paling hangat di perkatakan ialah, siapakan bakal menjadi presiden FAM. Adakah mengekalkan yang lama atau akan ada perubahan dalam badan iduk bola sepak Malaysia itu.
Laporan goal.com mengatakan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah calon popular untuk menerajuai FAM bagi musim 2014-2018.
Sehingga artikel ini ditulis, 93.4% mengundi Tunku Ismail Ibrahim untuk menjadi Presiden FAM, 5.6 % memilih Tengku Abdullah Ahmad Shah dan selebihnya 1.1% sahaja yang masih mahukan Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah kekal sebagai Presiden FAM.
Tetapi itu berdarkan undian popular. Undi popular tidak memberikan sebarang makna dalam kongres FAM nanti.
Siapakah yang bakal menentukan Presiden FAM?
Hanya 39 orang dari 20 badan gabungan FAM. 14 persatuan bola sepak negeri, kelab bola sepak ATM,PDRM,PBMM,PBCM,PBIM dan Persatuan Jurulatih. Setiap negeri dan kelab mempunyai 2 undi dan 1 undi dari Persatuan Jurulatih. Jumlah keseluruhan 39 undi.
39 orang ini lah yang bakal menentukan masa depan bola sepak Malaysia. Samada ingin pergi lebih jauh atau masih lagi mahu lebih jauh ketinggalan dari negara-negara jiran dan negara asia lain.
Kira-kira secara kasar, sebenarnya untuk mengekalkan Presiden yang sedia ada, hanya 20 undi sahaja yang diperlukan, dan 20 undi ini juga mungkin boleh merubah landskap bola sepak Malaysia untuk akan datang.
Kita mengharapakan mereka yang akan membuang undi ini nanti dapat memikirkan masa depan bola sepak Malaysia.
May 23, 2014 @ 9:24 am
Kalau tak tukar jugak., susah la nak berkembang mutu bolasepak negara..
May 26, 2014 @ 3:12 pm
diharapkan agar ada peningkatan dalam bola sepak malaysia selepas perlantikan presiden yang baru
May 23, 2014 @ 9:29 am
Kalau tak tukar, sampai ke tua la aku tak minat sukan bola sepak tempatan. hoho
May 26, 2014 @ 3:13 pm
OK dah tukar. boleh lah menyokong bola sepak tempatan 🙂
May 23, 2014 @ 10:32 am
Nampak ramai yang memilih young blood untuk perubahan.
May 26, 2014 @ 3:13 pm
ini berdasarkan undian popular. tapi hakikatnya yang mengundi dalah 39 orang sahaja
May 23, 2014 @ 10:57 am
Kalau nak bolasepak malaysia terus maju buatlah perubahan. 30 tahun sudah berlalu. Dahulu korea dan jepun begitu segan dengan kita tetapi cuba lihat sekarang, ajak friendly pun diaorang tak nak.
May 26, 2014 @ 3:14 pm
bukan korea dengan jepun je tak nak. Thailand pun tak nak friendly dengan Malaysia
May 24, 2014 @ 1:11 pm
Nak buat macam mana. Yang botak sebelah kanan tu keras kepala.
May 26, 2014 @ 3:14 pm
dia dah undur diri